Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

11 October 2013

Product Review: Sasatinnie loose powder

Assalamualaikum pembacaku yg cntik2 n encem2 skalian..kali ni nita nak buat review tentang bedak wajah pulak..kata org sarawak 'pupur'..hehe..
Bedak ni ada mcm2 jenis tau,ada yg bedak kompak,bedak asas,bedak longgar..ada eh? hehe..nita stakat ni pnah pakai bedak kompak maybelline ja,tp mggu lepas,kitorg pegi jalan2 kat Setia City Mall,tlintas lak dkat SaSa..
Masuk je kdai nak tolong carikan FarahDiyana eyeliner crayon dia,kat sini murah,RM11 je,nita bli kat Watson Miri punyala mahal RM18..pastu ktorg belek2 bedak loose Sasatinni tu..terbeli u olls...


Introducing youu..
Comel tak ?
Puff yang cantik dan lembut 
Ini yang sebelum..
Calitkan sedikit..dann...
Tadaa..inila hasilnya..
Rating; Tekstur- ringan,gebu,lembut dwajah Bau- bebas haruman Pilihan warna- beige n natural (nita pakai beige) Kekurangan- teksture tlampau halus,time nak pakai kna tahan nafas,kalau tak,mengganggu sistem pnafasan..jd kalau boleh pakai je bdak asas jenis cecair,senang sapu..hewhew

23 March 2013

Product review: Refresh Plus Eye Drops


Assalamualaikum kepada pembacaku yang cantik2 dan hensem2 sekalian..entah dah berapa abad saya meninggalkan arena penulisan tidak langsung ni..dan ini adalah minggu ketiga apabila saya menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara Puncak Alam ni..syukur kepada Allah, ini adalah tahun kedua saya dalam program Pemakanan dan Dietetik.

Mata adalah anugerah terindah

Seperti biasa, sebagai pelajar yang di bawah naungan Fakulti Sains Kesihatan, saya yang amat gemar mencari dan bertanya permasalahan saya kepada pelajar2 dalam bidang yang berlainan. Setiap awal semester, saya akan berkunjung ke Pusat Optometri UiTM Puncak Alam yang bertempat di bangunan FSK 4,5 dan akan mendapatkan kaunseling dalam penjagaan mata yang baik.

Jika setahun yang lepas, saya telah mendapat cermin mata baru ( maksudnya power dah bertambah la tu), dan sekarang mata saya didiagnos dengan masalah mata kering (dry eyes). Ini kerana saya adalah pengguna tegar kanta lekap. Regiemn pemakaian kanta lekap adalah tidak lebih daripada 8 jam, namun kadang2 jadual yang amat padat dan keadaan yang tidak kondusif menjadikan mata saya cepat kering. Akhirnya saya dirokemenkan dengan ‘Refresh Plus Lubricant Eye drops’. Alhamdulillah, kesannya nyata cepat dan mata saya berasa amat selesa.

Harga sekotak adalah RM42...huhuhu pokai lerr...

Dalam sekotak ada 4 papan ubat titis dan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam selepas dibuka

Refresh eye drops amat disyorkan kepada pengguna yang menghadapi masalah mata sensitive, mata kering dan cepat pedih. Saya jamin, anda akan berpuas hati kerana kesannya amat cepat. Rfresh eyes drops juga didatangkan dengan single used vial, kerana ia tidak mempunyai sebarang pengawet yang boleh mendatangkan hipersensitif kepada mata anda.

24 December 2012

Product Review: Masker FoodAHolic dari Korea

Lama betul dah tinggalkan arena penulisan ni sejak dua menjak duduk kat bilik dan buat kerja sendiri..hmmm..tapi rejimen penjagaan diri tidaklah dilupakan..

Pemakaian bedak dan alat solek di siang hari mungkin akan menyebabkan wajah letih dan kurang bermaya, jadi apa yang harus dilakukan adalah dengan membasuh wajah dengan pencuci wajah yang sesuai dan mengamalkan pemakaian krim pelembap.

Tetapi saya tidaklah memakai krim pelembap, sebaliknya menggantikannya dengan pemakaian masker wajah. Masker wajah mengandungi bahan- bahan yang boleh membeeikan kesegaran berpanjangan ketika anda tidur, dan semestinya, yang menjadi pilihan saya adalah masker FoodAHolic.

Saya telah menempah melalui talian internet dengan harga RM** dan saya beli dengan harga borong (niat nak jual balik kat kawan2)..dan alhamdulillah, dapat jugak saya jual balik masker tersebut dengan harga berpatutan.. (3 keping untuk RM10) hehehe...



Carta di atas adlah proses-proses penghantaran barang saya. emmm memandangkan saya pilih normal airmail, maka proses penghantaran adalah 2 minggu..lama betul lah!..hmm tapi kalau nak sekejap kenalah bayar RM30 lagi untuk caj penghantaran..


Masker kegemaran saya : -
1. Pomegranate - ekstrak buah delima membuatkan wajah rasa nyaman dan segar, bau pun harum
2. Orange - ekstrak buah oren yang memberi sensasi segar dan dapat mengecilkan liang pori
3. Snail - ekstrak lendir siput German ini dapat memberikan nutrisi pada kulit wajah dan membuatnya kelihatan tegang