28 March 2013

Belajar Bahasa Sarawak: Warna warni

Assalamualaikum kepada pembacaku sekalian..ini adalah entry pertama yang saya fikir akan mencerminkan diri saya sendiri, iaitu, bahasa ibunda saya, bahasa melayu sarawak..walaupun sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, jangan terkejut sekiranya ada sesetengah daripada penduduk sarawak tidak tahu berbahasa Sarawak..kita kena faham, ada lebih kurang 30 etunik yang perlu kita ketahui budaya dan bangsa mereka.

Sebagai rakyat Sarawak, saya amat berbangga apabila lahir daripada bangsa kacukan. Ayah saya berbangsa Melayu- Bidayuh manakala ibu pula berbangsa Cina-Melanau..Saya bolah berbahasa sikit2 dalam mandarin, melanau dan kedayan..itupun sebab sidia yang tercinta suruh saya belajar, hehehe

Baiklah kali ini kita mulakan dengan warna2 yang selalu digunakan dalam bahasa Sarawak. Antaranya warna:

Putih - Puteh
Hitam - Itam
Biru - Biru
Merah - Merah
Hijau - Ijo atau gadong
Merah jambu - Pink atau kalas
Ungu - Papel
Kuning - kunin

Nampaknya ringkas sahaja pada hari ini..selamat belajar!!

Punching Pound Championship anjuran PHYTAS UiTM


Assalamualaikum dan salam keceriaan kepada pemmbacaku sekalian..kali ni entry nak cakap pasal pertandingan ala-ala biggest loser yang macam dalam televisyen tu..hehe bukan apa, saya pun join skali tau..

Pertama kali baik saya perkenalkan dulu program Fisioterapi di UiTM Puncak Alam. Porgram yang dotawarkan di UiTM adalah Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda. Ia adalah salah satu daripada program lain di bawah pengurusan Fakulti Sains Kesihatan selain daripada Pemakanan dan Dietetik, Kejururawatan, Makmal perubatan, Optometri,Terapi Carakerja, dan Pengimejan Perubatan.

Berbalik kepada acara Punching Pound yang akan berlangsung selama 6 minggu ini, peserta2 diharuskan mempunyai  berat badan berlebihan ataupun obes. Apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan adalah, berat jisim tubuh diantara 25 hingga 30. Pengiraan adalah seperti yang berikut:

Berat(kg)/ tinggi (m²)

Apabila bacaan diperoleh, maka anda bolehlah membandingkan dengan jadual berikut:
Berat Jisim Tubuh
Interpretasi
<20
Kurang berat badan
20-25
Berat normal
25-30
Berat berlebihan
30>
Obes

Acara punching Pound ini turut melibatkan pelajar dari Pemakanan dan Dietetik dimana mereka harus memantau pemakanan dan diet para peserta. Nampaknya makan kenalah bersukat dan bertimbang eh..hehe..hari ini para peserta telah berkumpul dan melakukan aktiviti circuit bersama2..aktiviti circuit merangkumi:



Push-up (30 saat)
Star jumping(30 saat)
Squat (30 saat)
Step- up (30 saat)
Bicycle crunch (30 saat)



Selain itu pelbagai aktiviti lain seperti ceramah dan juga brisk walk turut diadakan..apamacam, rasa2 nya kurus ke tidak ye?
Perghh..memang lah kurus saya pasni kan? Hehe apa2 pun nnti kita tunggu hasilnya selepas 6 minggu

23 March 2013

Pementasan Teater Asmara Songsang sempena kutipan Amal Lahad Datu 2013



Assalamualaikum pembacaku yang cantik2 dan hensem2 sekalian..setelah penat berjalan2 seharian di Shah Alam Convention Centre Mall (SACCM), akhirnya dapat jugak menjunjung beg plastic Vincci hehe..ada mega sale laa..alhamdulillah, saya beli barang keperluan tau, bukan kemahuan..balikkkk ke UiTM Puncak Alam..tup tup roommate kata, jum pegi tengok teater..letih pun letih la, nak pegi tengok jugak hehe…

Babak 1, mesyuarat di Kampung

Persembahan pembukaan, tarian Arab

Siapakah disebalik topeng2 itu??


Mesyuarat pemuda Kampung hehe

Pasangan LGBT zero..tak kering gusi...

Kumpulan LGBT kena marah Datok

Babak kumpulan LGBT terkena tulah kerana melawan perintah AlQuran

Yang berselimut tu kunun2 malaikat nak tarik nyawa laaa..

Mari menyanyi lagu Malaysia hehehe

Penari Istana Budaya yang comel2 belaka

Teater yang bertajuk Asmara Songsang, sebuah teater muzikal yang dijayakan oleh barisan pelakon2 yang ternama seperti Dato Jalaludin Hassan, Radhi Khalid, Kamal Adli, Julia Ziegler, Zero Raja Lawak dan ramai lagi pelakon dari ASWARA. Teater ini adalah salah satu idea pengarah untuk mengketengahkan kesan negatif budaya LGBT atau Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender dalam kalangan generasi muda pada zaman sekarang.

Sambutan dari pelajar2 amat menggalakkan, penuh dewan kuliah 500 tau (DK500)..teater anjuran KARISMA dan UiTM ini diharapkan dapat diteruskan lagi kerana hiburan2 seperti ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang pelajar, bahkan membolehkan para pelajar mendalami maksud tersirat yang inigin disampaikan oleh pengarah…ciao…hehe

Product review: Refresh Plus Eye Drops


Assalamualaikum kepada pembacaku yang cantik2 dan hensem2 sekalian..entah dah berapa abad saya meninggalkan arena penulisan tidak langsung ni..dan ini adalah minggu ketiga apabila saya menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara Puncak Alam ni..syukur kepada Allah, ini adalah tahun kedua saya dalam program Pemakanan dan Dietetik.

Mata adalah anugerah terindah

Seperti biasa, sebagai pelajar yang di bawah naungan Fakulti Sains Kesihatan, saya yang amat gemar mencari dan bertanya permasalahan saya kepada pelajar2 dalam bidang yang berlainan. Setiap awal semester, saya akan berkunjung ke Pusat Optometri UiTM Puncak Alam yang bertempat di bangunan FSK 4,5 dan akan mendapatkan kaunseling dalam penjagaan mata yang baik.

Jika setahun yang lepas, saya telah mendapat cermin mata baru ( maksudnya power dah bertambah la tu), dan sekarang mata saya didiagnos dengan masalah mata kering (dry eyes). Ini kerana saya adalah pengguna tegar kanta lekap. Regiemn pemakaian kanta lekap adalah tidak lebih daripada 8 jam, namun kadang2 jadual yang amat padat dan keadaan yang tidak kondusif menjadikan mata saya cepat kering. Akhirnya saya dirokemenkan dengan ‘Refresh Plus Lubricant Eye drops’. Alhamdulillah, kesannya nyata cepat dan mata saya berasa amat selesa.

Harga sekotak adalah RM42...huhuhu pokai lerr...

Dalam sekotak ada 4 papan ubat titis dan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam selepas dibuka

Refresh eye drops amat disyorkan kepada pengguna yang menghadapi masalah mata sensitive, mata kering dan cepat pedih. Saya jamin, anda akan berpuas hati kerana kesannya amat cepat. Rfresh eyes drops juga didatangkan dengan single used vial, kerana ia tidak mempunyai sebarang pengawet yang boleh mendatangkan hipersensitif kepada mata anda.