27 December 2012

Kaki Jalan: Setia City Mall zoooooo...~

Bestfriends.......
Hello readers.....kalau baca yang tajuknya di atas mesti orang fikir ada zoo kat Setia City Mall ni...bukan apa, taman permainan kat SCM ni best sangat, sampai tak terkawal lagi perbuatan perbuatan manusia yang datang sini (emm maksud saya org macam saya lah) hehe...

Al kisah nya saya ni pertama tama kali lah datang kat SCM, datang pun awal, jam 9 pagi cemtu, sapa yang dah bukak kedai? Jadi kami org pegi lah kat taman permainan kat sebelah tu..hehe ada spider web lah...nak tengok tengok ja pun, tapi akhirnya saya membuka kasut dan..terus bergantungan macam monyet plak...

Banyak lagi gambar yang tak ditapis tapi xnak upload banyak2 nanti ada pula orang yang mengamuk hahah...ZZZZZzzzzzz... :)

Trip model lah kunun....hahaha

Nak kawen tempat camni...
Nah tudia..dah naik dah munyit2 UITM ni...
Rasa macam kat hawaii lah tu...hehehe
Setia City Mall
Trololololllll.......

Bestiess.....

Pengemar sejati Atuk kolonel Sanders



26 December 2012

Ceritera: Add Nuffnang ads di blog anda..YEEhuuu..

Asslamualaikum semua, dan selamat malam...belum nak tidur lagi, tapi time study week ni rajin ja nak update blog kan? hehe..baru saja habis study Pathology for Dietetics ni tadi..hmm memang susah nak study sorang2 ni sbenarnya..nak study group tapi macam takda feeling nak bukak mulut ni bawak berbincang..nampak sangat malas kan?

okeh kita abaikan dulu subjek Pathology, mari kita belajar buat ads Nuffnang, hmm baru tadi buat Nuffnang ads, menjadi jugaklah..ingatkan tak jadi, sebab berkali kali dah try sebelum ni. Jadi langkah2 yang perlu anda buat adalah..

1. Mempunyai blog yang aktif ( Blog saya ni dah bertahun xda iklan tau)
2. Masuk ke dalam website http://www.nuffnang.com.my/
3. Log masuk dan buatkan username serta password anda
4. Kemudian turuti langkah demi langkah yang akan dinyatakan dalam website tersebut

**Pastikan emel yang and abagi adalah aktif kerana proses verifikasi emel akan dijalankan sejurus saja anda mendaftar sebagai ahli nuffnang Malaysia.


** Okeh, boleh tak kawan2? Mungkin anda agak terkeliru sikit tapi buat lah pelahan- lahan..insyAAllah menjadi..sebabnya..saya pun baru siap tadi hehehe :)

Nampaknya dah larut malam ni, apa kata kita pg ZZZZZZzzzzzzzzz.....

24 December 2012

Product Review: Masker FoodAHolic dari Korea

Lama betul dah tinggalkan arena penulisan ni sejak dua menjak duduk kat bilik dan buat kerja sendiri..hmmm..tapi rejimen penjagaan diri tidaklah dilupakan..

Pemakaian bedak dan alat solek di siang hari mungkin akan menyebabkan wajah letih dan kurang bermaya, jadi apa yang harus dilakukan adalah dengan membasuh wajah dengan pencuci wajah yang sesuai dan mengamalkan pemakaian krim pelembap.

Tetapi saya tidaklah memakai krim pelembap, sebaliknya menggantikannya dengan pemakaian masker wajah. Masker wajah mengandungi bahan- bahan yang boleh membeeikan kesegaran berpanjangan ketika anda tidur, dan semestinya, yang menjadi pilihan saya adalah masker FoodAHolic.

Saya telah menempah melalui talian internet dengan harga RM** dan saya beli dengan harga borong (niat nak jual balik kat kawan2)..dan alhamdulillah, dapat jugak saya jual balik masker tersebut dengan harga berpatutan.. (3 keping untuk RM10) hehehe...



Carta di atas adlah proses-proses penghantaran barang saya. emmm memandangkan saya pilih normal airmail, maka proses penghantaran adalah 2 minggu..lama betul lah!..hmm tapi kalau nak sekejap kenalah bayar RM30 lagi untuk caj penghantaran..


Masker kegemaran saya : -
1. Pomegranate - ekstrak buah delima membuatkan wajah rasa nyaman dan segar, bau pun harum
2. Orange - ekstrak buah oren yang memberi sensasi segar dan dapat mengecilkan liang pori
3. Snail - ekstrak lendir siput German ini dapat memberikan nutrisi pada kulit wajah dan membuatnya kelihatan tegang