30 June 2012

ApabilA pEmbEriAn itu dihArgaiiiii

Sejahtera semuanya..saya beri nama entri ni foodography..sebab asal orang bagi makanan saja, snap snap terus masuk kamera hehehe...inilah koleksi picture yang saya simpan sebagai penghargaan sebab kebanyakannya dah masuk perut..

1. Coklat friendship..
2. Home made cupcake
3. Love choc
4. Chez tart
5. Big apple
Ada lagi sebenarnya..tapi malas juga nak tunggu file uploading ni huhu..tapi tak apalaaa..ini adalah penghargaan buat kawan2 yang sudi bagi kat saya hadiah makan2..patutlah saya makin bam bam yaaa~



Kaki Jalan: Lawatan smbil belajar ~ Beryl's dan Vitagen

Selamat sejahtera semuanyaa! Indahhhhh..hehe.. ni dah beberapa minit lagi nak masuk waktu maghrib mengikut masa semenanjung Malaysia (yalah sekarang ni jadi perantau al maklumlah stadiii di oversea) hehe..

Sambil tengok- tengok pic semester lepas, teringin pulak nak post tentang pengalaman saya dan kawan-kawan Program Nutrition dan Dietetics UiTM ni..begini critanya, kami orang buat lawatan sambil belajar di Vitagen Factory dan juga Beryl's Chocolate dekat area *** ( okey serius ni saya dah tak ingat)...

Di vitagen..kakak tu macam muka pelakon lah...ok kembali ke cerita asal, kami diberikan peluang untuk merasa perisa vitagen yang baru *with collagen..botol vitagen tu cantik dan rasa pun kurang manis..lepas tu berebut2 nak rasa yogurt pulak..malam tu semua cirit birit temasuk saya haha!

Di Beryls..kakak tu bengis lah, tak senyum langsung..ok tak apalahhh dia ada masalah mungkin..hehe, kami dijemput untuk melihat video pemprosesan coklat..dan dibawa ke muzium untuk buat coklat..lepas tu, dia kata tak boleh ambil gambar..ok that's it, tak dapat nak curi rahsia kesedapan coklat dia haha..


okey semua bangga dapat rasa vitagen...


upacara rebut sapa minum vitagen paling banyak...


koko besar punyaa...hahaha


kebanggaan Malaysia..beryl's wonderland...


kamilah warga UiTM Nutrition dan Dietetik yg suka makan coklat!!


27 June 2012

Ceritera: MAjalAh ini ku Tak fAhAm tApi simpAn~

Saya baru beli korean lens dari internet beberapa minggu yang lepas. Kalau kamu orang berminat nak beli tu, boleh lah PM kat FB dia ni ok, https://www.facebook.com/lovelylensshopII ,

Apa yang saya paling suka kalau beli lens ni, si penjual ni suka balut botol lenses tu dengan majalah fesyen bahasa cina. Itulah masalahnya, saya tak faham, tapi kenapa saya mahu simpan yaaa?..hehehe

"Ni ciau shengme mingzhe?" itu sahaja yang saya tahu, sebab roomate ambil bahasa ketiga Mandarin. Haha memanglah tak faham tapi buat- buat faham lah yaa..~


Lens yang dibeli- bersama pembungkus majalah bahasa cina



ada tutorial mekap lagi tu~


lekat di dinding buat tatapan hewhewhew :p







Chantek: Another Barbie- faced girl? Wang Jiayun

Perangai pas paper final~

Menelaah beberapa buku untuk rujukan paper seterusnya, "alamak terlihat pulak picture orang cantik seumpama barbie doll ni"..

Wang Jiayun..walaupun ini adalah perkara yang pernah menjadi isu hangat suartu ketika dahulu, tapi kenapalah saya baru tahu ya..hehe tapi tak apalahh, janji ada yang nak diconteng conteng dalam belog saya yang simple ini..hewhewhew..

Malaslah nak cari biodata si Wang Jiayun ni..yang saya tahu, dia orang Taiwan dan menurut blog yang pernah saya kunjungi, umurnya baru 16 tahun..jadi tolak tambah darab bahagi, kira- kira sama umur lah kami ni..yalah, blog yang saya baca tu dah berkurun lamanya hehe...

Ada perkara heboh yang menyatakan si Wang ni buat edit edit ja kat muka dia tu..tapi awak- awak semua ni nanti tengok sendiri lah ya, macam betul ka, edit ka, bedah ka... Pasni nak simpan lah picture dia ni dalam PC..yalah picture orang cantik, sapa yang tidak mahu simpan hehe...






Eh eh eh..tersalah upload pulak yang bawah sekali tuh hehehe, yang bawah tu blogger dari China, nak buat muka macam barbie doll jugak..hehe kunun- kunun menjadi la tu..tapi menjadi juga la kan..hehehe :P

Ceritera: Baru habis paper CTU553 saya bah~

Alhamdulillah, baru sahaja abis buat Final Exam kertas CTU553 Hubungan Etnik hari ni..huhu jawapan macam nak pacah kepala ja ni..hehe yalah dah namanya study tapi yang ditulis tu macam merapuu lalala~ 

Tapi yang paling tak siok tu tadi, lepas bis paper, terus bukak facebook..bila dah bukak, nah tu diaa..ada soalan spot untuk paper hari ni ..aduii nyesal juga rasa saya x bukak facebook malam tadi T__T,

Nahh, tapi tak apalah yaa…yang berlaku biarlah berlaku..masa yang pergi tidak akan diputar balik hehe..apa apapun redha sahaja dengan keputusannya nanti…ni saya sertakan soalan- soalan spot yang telah disampaikan ke dalam email dan soalan- soalan spot yang diletakkan di facebook…nilai sendiri..entah- entah brapa eh result saya ni hewhewhew :P


"tetiba pulak upload picture yang dilukis adik saya yang laki2 ni..dia takut badut katanya..hehe"

Dibawah ni yang saya dapat melau email n sms:
 1. piagam madianh vs piagam persekutuan
 2. masyarakat pluraliti
 3. transformasi ekonomi
 4. islam hadhari
 5. prinsip asas Islam

 Yang ni pulak, dapat dalam facebook, (baru lepas paper ni)
 - perlembagaan madinah
 - usaha kerajaan dalam bidang ekonomi untuk perpaduan
 - peranan NG0 dalam mewujudkn perpaduan
 - perbezaan antara plural dan pluraliti

 P/s : persoalannya di sini, yang di- post dalam facebook itu yang keluar, dan soalan dia memang lah SEJIBIK!...hahaha( ketawa senang hati ka apa itu?)

26 June 2012

Chantek: ~Valeria Lukyanova serupa Barbie Doll (^__^)

wahhhhhh..lama sudah tidak ku update belog ku iniii hewhew..nampaknya saya kena meletakkan beberapa maklumat atau gambar atau apa2 sahaja yang ada kaitan dengan kehidupan saya..knapalah kebelakangan ini 

asyik nak tengok wajah orang yang serupa patung yeeee.. ~

~wajah Valeria Lukyanova yang berasal dari negara *apa entah....beliau dikatakan sanggup melakukan pembedahan demi untuk menyerupai anak patung barbie..cantik kan..hehe                                                                    



~okey dah tauu dah beliau datang dari ukraine lah lalalala 
                                                         

p/s ~~ nanti admin nak mekap jugak macam ni, ala dah nak dekat Hari Raya Aidilfitri nnti boleh lah melaram lebih yee...kekekeke (jangan mareee)