Create your own banner at mybannermaker.com!

27 December 2013

Timun: Sayuran 1001 rahsia

Timun atau nama saintifiknya, Cucumis sativus, merupakan sejenis sayur buah dalam keluarga labu air. Timun boleh dimakan secara mentah atau memasakknya sebagai sup.
Timun inggeris

Timun Jepun

Timun India


Terapi kecantikan timun telah lama bermula sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sekarang pusat pusat terapi kecantikan dan spa telah mengambil kesempatan yang ada ini untuk menggunakan bahan termurah dan senang dijumpai di seluruh dunia.


Untuk makluman pembacaku sekalian, untuk mendapat seri wajah dan kulit yang segar dan cantik, komponen mineral seperti silicon, zink, zat besi, magnesium dan potassium amat diperlukan. Fungsi kesemua mineral ini boleh dijumpai dalam sebiji timun yang juga sebenarnya adalah salah satu makanan sunnah.





Jadi, antara khasiat lain yang perlu anda tahu adalah:


  • Antioksida: Antara vitamins yang nertanggungjawab adalah vitamin E dan Vitamin C yang bleh memutuskan rantaian radikal bebas yang mudah terdapat di sekeliling kita. Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen, jadi in akan menjadikan kulit anda tegang dan berseriii!


  • Kandungan air yang tinggi: Mengandngi lebih kurang 90% air, timun yang juga adalah salah satu buah sayur yang datang dari keluarga labu air, mengandungi banyak air, dan fungsi air adalah menyejukkan tubuh. selain itu, air ini akan menyingkirkan tksin dari tubuh melalui proses perkumuhan dan perpeluhan. Jadi, nak jus timun tak sekarang???


  • Kandungan mineral yang tinggi: Untuk makluman para pembacaku sekalian, tahukan anda, apakah mineral yang boleh membantu anda untuk menjadi cantik? sudah tentu silikon, zink, zat besi dan magnesium. Kesmua mineral tadi berfungsi dalam penghasilan kuku dan rambut yang cantik, penghasilan kolagen dan juga melancarkan sistem peredaran darah. Jadi, makin suka nak makan timun tak? hehe

Produk dove pun guna timun gak!

Pencuci muka pun ada ekstrak timun :)


Bagaimana nak makan/ minum/ guna timun?

  • Buat sup timun
  • Buat jus timun
  • Buat bubur timun
  • Buat acar timun
  • Buat masker timun
  • Buat skrub timun

Dan banyak lagi!! Jadi sapa2 yang ada perkongsian untuk timun, silalah komen dan kongsi resepi anda! Selamat mencuba...

01 December 2013

Welcome DECEMBER~ Mari kita squat bersama-sama :)


Assalamualaikum semua!..Hari ini nita nak mengucapkan selamat datang disember! Alhamdulillah kita telah dikurniakan umur panjang dan dalam tempoh sebulan lagi kita akan menjejak ke tahun 2014..hohoho! Marilah kita mempertingkatkan amal ibadah dan menjauhkan kontroversi ataupun kelemahan diri :)

Nak kekal seksi sehingga tahun hadapan, jangan lupa senaman hari ini, squat 15 kali, rehat 5 saat selama 10 minit untuk membentuk punggung yang cantik :) hewhew


Squat dengan dumbell.
1. Berdiri tegak dengan dumbell di kedua-dua belah tangan dan tangan lurus ke bawah
2. Pandang ke depan dan turun perlahan2 dengan gaya mencangkung tapi jangan turun habis ya, lentikkan sedikit glutes (punggung) anda
3. Pastikan lutut tu tak melepasi hujung kaki tau.
4. Kemudian, berdiri ke posisi 1 secara perlahan-lahan
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak 15 kali dan selangi rehat 5 saat.

Squat tanpa alatan. Sama seperti di atas, tetapi genggamkan tangan anda, dada kedepan dan glutes melentik ke belakang.
Sekian, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Oat versus Nestum: Yang mana pilihan anda?


Ini adalah nestum dewasa
Ini adalah nestum bayi
Dan ini adalah oats
Kita selalau mendengar nama nestum dan oats ni, tapi apakah sebenarnya perbezaan dua benda alah ni ya? Jadi nita nak jelaskan, bahawa oats adalah bijirin yang kasar diproses dengan cara pengeringan tanpa membuang kulit (bran). Jadi maksudnya di sini oats amat kaya dengan sumber serat.!
Menurut sumber, memakan oats sebanyak 1 mangkuk (kira-kira 3 sudu makan) dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh sehingga 8 hingga 23%. Sumber juga mengatakan bahawa penurunan kadar kolestrol 1% bersamaan dengan penurunan risiko sakit jantung (Coronary Heart Disease) sebanyak 2%. Ini kerana oats mengandungi sejenis serat yang istimewa digelar sebagai 'beta- glucans'.

Kandungan nutrisi di dalam oats

Kandungan serat dalam oats boleh dibandingkan dengan pelbagai senarai makanan di bawah. Sekiranya anda mencari sumber serat yang lain selain oats, anda boleh memilih untuk makan buah- buahan seperti beri, prun, oren dan juga pisang!


Nestum pula adalah bijirin yang lebih lembut dan mudah dihadam. Ia diperbuat daripada jagung dan gandum serta diperkaya dengan sumber mineral dan vitamins. Tetapi nestum mengandungi elergen yang mungkin memberi kesan elergik kepada sesetengah orang seperti glutens, kekacang dan juga susu.

Kandungan nestum:
Tepung gandum, tepung beras, ekstrak malta, gula, tepung jagung, kalsium karbonat, kalsium fosfat, vanila tiruan, garam, asid askorbik atau Vitamin c, Ferum fumarat (iron), thiamin mononitrat (Vitamin B1), Pyridoxine Hydrochloride (HCL), Vitamin A Acetate, Folic Acid (Vitamin aB), Biotin, Vitamin D3, Vitamin B12.

Maklumat pemakanan nestum pula adalah:


Jadi sekarang mungkin anda akan merasakan bahawa oats adalah lebih baik kerana ia adalah makanan berasaskan bijirin yang amat menyihatkan. Jika anda mempunyai masalah untuk menelan oats, anda boleh cuba untuk menambah perisa seperti milo ataupun susu tepung. Untuk pesakit kencing manis pula, anda boleh menambah hanya 1 sudu besar (lebih kurang 15 grams) kismis atau buah prun ke dalam oats anda. Selamat mencuba!

Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai oats, sila ke website berikut ya >> http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54