22 October 2013

Resepi Kek Lapis Mocha

Yeayyy...hari ni nak buat perubahan sikit..nita nak letak pic kat atas ni, comel sangat hehe..tapi nak mintak izin pemiliknya lah, xtau sapa, amik ja dari Google tadi..Kengkawan semua, rini nita nak kongsikan satu g resepi kek lapis Sarawak. Yang ni rekaan nita sendiri tau..Bahan2 nya sama cam nak buat kek lapis Barbie tu..cuma perasanya kita tukar jadi kopi ja.

Kek Lapis Mocha Arnieta

Bahagikan kepada tiga bahagian, bahagian 1 original, bahagian 2 mocha dan bahagian 3 dicampurkan serbuk koko
 Bahan2 nya:
500gm mentega
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
10 biji telur gred AA
0.5 tin susu pekat
1 tin kecil seri kaya
1 cawan serbuk horlick
1 sudu kecil Ovalette
1 sudu besar serbuk koko
1sudu besar serbuk mocha

Cara2 membuatnya: Yang ni kena berpandukan entri kek Lapis Barbie nita yang hari tu tau, sebab cara pembuatan nya sama ja..hehe

Nak buat penambahan sikit, untuk mocha tu, boleh ja digantikan dengan serbuk kopi atau kopi pracampur lain. Yang koko pulak boleh ganti dengan chocolate paste.

Sukatan gula boleh dilaraskan kalau taknak manis. tapi jangan tak letak trus pulak, mentang2 harga gula naik, ye tak? haha..kalau nak tukar gula perang pun boleh :)


Hasilnya, saya dapat buat 2 jenis kek dalam satu hari!..Alhamdulillah :)
Selamat mencuba kawan2 :)

21 October 2013

Resepi Kek Lapis Barbie

Assalamualaikum kepada pembacaku sekalian..penatnya nita hari ini..rasa malas2 nak menaip tapi apakan daya, target nak post ilmu atau satu perkongsian pada setiap hari..baiklah kawan2 sekalian, hari ini nita nak kongsikan satu resepi kek lapis Sarawak..ni sebenarnya resepi yang diolah sendiri, tetapi menjadi. Tiap tahun dah buat kek lapis ni, jadi nak tukar2 perasa pun boleh..

Nita buat kek lapis ni dah berpengalaman dari kecik dah, memang mama dah ajar sejak bangku sekolah lagi, tapi dah dewasa sikit, xperlu bantuan mama dah hewhew, tenkiu my lovely mummy!!..jadi jum kita tengok dulu kita nak buat kek apa hari ini.

Kek Lapis Barbie
Bahan-bahannya:

500gm mentega
1 cawan gula
10 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
0.5 cawan horlicks
1 tin kecil seri kaya
0.5 tin kecil susu pekat
1 sudu kecil ovalette
Perisa strawberry emulco dan pewarna pink
Pewarna ungu
Pewarna coklat @coklat paste

# Sediakan loyang dan alaskan dengan kertas minyak
# Oven mestilah dipanaskan dengan suhu 175 C api atas.

Baiklah, cara2 membuatnya adalah seperti berikut:

Mula2 masukkan gula yang sudah dikisar dan mentega ke dalam mangkuk pemutar

Putarkan sehingga kembang tau..nanti x sebati pulak

Masukkan telur satu persatu dann putar lagi


Masukkan seri kaya dan putar lagi

Masukkan susu pekat ke dalam adunan dan putar lagi

Selepas itu kita boleh masukkan bahan kering seperti horlick dan jugak tepung gandum, gaulkan sebati menggunakan spatula
Bahagikan kepada 3 bahagian, setiap satunya diwarnakan dan diletak perisa, adunan 1 perisa coklat, adunan 2 perisa strawberi dan adunan ketiga adalah plain

Sudukan adunan pertama ke dalam loyang dan ratakan kemudian bakar didalam oven selama 10 minit. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama sahaja!

Kemudian bakar lapis demi selapis sehingga habis adunan. Setiap adunan dibakar dalam masa lebih kurang 10 minit

Tadaa...inilah hasilnya kawan2 hehe
Apa yang uolls perlu tahu:

- Telur sebiji mengandungi lebih kurang 213mg kolestrol, jadi nak makan kek lapis ni biarlah berpada2..nanti nita jadi registered dietitian, nita buat resepi sihat sikit tau, hehe
- Kek lapis ni jenis bakar dan kukus sahaja, jangan sibuk nak panaskan kuali dan goreng macam cucur pulak haha :P
- Kalau nak sedap lagi gunalah lepa susu Farmcow ataupun Buttercup
- Fungsi ovalette adalah untuk menyatukan adunan gula, mentega dan tepung, ovalette ni macam penstabil makanan.. tak letak pun xpa :)

:: Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, dipersilakan..resepi gerenti menjadi, InsyAllah :)

18 October 2013

Buat Kelupis di Kampung Ulu Merapok

Assalamualaikum pembacaku sekalian, pertamanya sekali nita nak ucapkan Salam aildiladha kepada semua umat Islam di Malaysia mahupun luar negara, pa macam raya ni? bnyak makan daging?? hehe..nita x sempat nak update banyak di blog sbab sibuk dengan tugasan..Pada AildilAdha yang lalu saya berkesempatan untuk beraya bersama org tersayang hehe..jadi sebagai pelajar pemakanan dan diet, jadi saya telah diberi tugasan untuk belajar mengenai makanan tradisi di Sarawak.jadi apa yg saya pilih ialah kelupis atau dalam bahasa tempatannya 'kalupis'.

Jadi tempat saya bertandang terletak di utara peta Sarawak iaitu di Kampung Ulu Merapok, Lawas Sarawak. perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 15 minit dan kemudian saya dijemput oleh Mr Bby. Kemudian kami bersiar2 di Centrepoint dan Plaza Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Lawas. Perjalanan kira2 3 jam 30 minit.

Lawas Sarawak terletak di bahagian paling utara dan berdekatan dengan negeri Sabah
Kelupis: Makanan tradisi Kuih kelupis (which literally translates to 'glutinous rice rolls' in English)[1] is a traditional snack for the Bruneian Malay people in the country of Brunei[2] and in the states of Sabah and Sarawak in East Malaysia.[3][4] - Wikipedia -

Jadi cara2 nak masak kelupis ni..insyaAllah senang..sediakan beras pulut, santan kelapa, garam dan daun Irik (untuk membungkus)

Kelapa tua atau dalam bahasa tempatannya 'piasau', daun irik

beras pulut

Santan kelapa dididihkan atas api, kalau bahasa kat sini, kami bilang 'mendadih'

Membungkus kelupis dan menjalin 

Mengukus kelupis sehingga masak

Dihidangkan bersama kuah kacang dan kuih muih lain

Boleh jugak dimakan bersama lauk pauk dan sambal mangga, alamak selera kampung gitu..nyumss..
Rasa: Macam nasi pulut jugak, masin2 sikit
Tekstur: Melekit, licin (sebab santan)
Keseluruhan: Memang best! I love my hometown traditional cuisine hehehe :) Jadi kawan2 yang di luar sana jangan lupa tau mencuba..tak tau nak cuba kat mana, haa jum datang ke Sarawak

11 October 2013

Product Review: Sasatinnie loose powder

Assalamualaikum pembacaku yg cntik2 n encem2 skalian..kali ni nita nak buat review tentang bedak wajah pulak..kata org sarawak 'pupur'..hehe..
Bedak ni ada mcm2 jenis tau,ada yg bedak kompak,bedak asas,bedak longgar..ada eh? hehe..nita stakat ni pnah pakai bedak kompak maybelline ja,tp mggu lepas,kitorg pegi jalan2 kat Setia City Mall,tlintas lak dkat SaSa..
Masuk je kdai nak tolong carikan FarahDiyana eyeliner crayon dia,kat sini murah,RM11 je,nita bli kat Watson Miri punyala mahal RM18..pastu ktorg belek2 bedak loose Sasatinni tu..terbeli u olls...


Introducing youu..
Comel tak ?
Puff yang cantik dan lembut 
Ini yang sebelum..
Calitkan sedikit..dann...
Tadaa..inila hasilnya..
Rating; Tekstur- ringan,gebu,lembut dwajah Bau- bebas haruman Pilihan warna- beige n natural (nita pakai beige) Kekurangan- teksture tlampau halus,time nak pakai kna tahan nafas,kalau tak,mengganggu sistem pnafasan..jd kalau boleh pakai je bdak asas jenis cecair,senang sapu..hewhew

10 October 2013

Jum Santai: Gelagat Pembelajaran and Pengajaran

Assalamualaikum pembacaku sekalian..dah berapa bulan nita x update blog ni..dah bersawang sawang agaknya..hehe..semester ni semester baru, iaitu tahun ketiga nita menjejak kaki ke UiTM kampus Puncak Alam yang serba indah..

Semester ni agak gelabah sikit, maklumlah baru habis cuti 2 bulan, tiba2 diberi input waktu kuliah, mana x jammed kepala hotak u olls..okeylah..nak dijadikan cerita, nita menulis balik blog ni sebab agak terpaksa la jugak, nak kena update2 la katakan..tapi xpa, demi pembelajaran dan pengajaran ku gagahi jua...

Nita nak buat citer sikit pasal cikgu2 di sekolah, tadi sebenarnya lepas google2 gambar kartun..tertengok lah dekat cliparts yang lucu2 hehehe..jadi sebagai pembukaan arena penulisan blog oktober 2013 ini, mari kita bergelak santai dulu...check it out u olls....

Selamat datang ke sekolah..cikgu2 anda semua mesti ucapkan benda ni time masuk kelas, pastu pappp..nan ambil kau sekilogram assignment..

Fakta: Tyrannosaurus Rex mempunyai otak sebesar walnut..tapi cikgu2 jangan panggil budak sekolah otak kosong tau..huhu...

Okey finee...ketara sangat buku tu covernya salah letak

Memori lama bila nak berhimpun je, mesti taruh tangan atas bahu..sooo sweetttt hee..

Budak zaman moden, kau nak main touchpad je kan..nnti whiteboard pun dah xkenal adoiyaii

Okey ni ketara sangat cikgu sains ni kawan baik Sir Isaac Newton...haha

Budak x bersyukur salu camni..yela xbersyukur la, kalau cikgu tu memang kedekut markah, betol x?

Ni pulak satu hal..cikgu rasuah..semua nak duit, yuran kan dah bayor..huhu

Beza cikgu dulu and cikgu sekarang..sekarang ni mak bapak yang tukang marah cikgu, malas nak komen bnyak loh..hahaha..

Okeylah semua..apa apapun..cikgu ni x semua berperangai mcm di atas tu..yela, itu hanya hiburan semata-mata, x melibatkan yang meninggal dunia atau yang hidup..yang penting hidup kena enjoy tau kawan2!..semoga bersua lagi di entri yang seterusnya..adios amigos!