Create your own banner at mybannermaker.com!

01 December 2013

Oat versus Nestum: Yang mana pilihan anda?


Ini adalah nestum dewasa
Ini adalah nestum bayi
Dan ini adalah oats
Kita selalau mendengar nama nestum dan oats ni, tapi apakah sebenarnya perbezaan dua benda alah ni ya? Jadi nita nak jelaskan, bahawa oats adalah bijirin yang kasar diproses dengan cara pengeringan tanpa membuang kulit (bran). Jadi maksudnya di sini oats amat kaya dengan sumber serat.!
Menurut sumber, memakan oats sebanyak 1 mangkuk (kira-kira 3 sudu makan) dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh sehingga 8 hingga 23%. Sumber juga mengatakan bahawa penurunan kadar kolestrol 1% bersamaan dengan penurunan risiko sakit jantung (Coronary Heart Disease) sebanyak 2%. Ini kerana oats mengandungi sejenis serat yang istimewa digelar sebagai 'beta- glucans'.

Kandungan nutrisi di dalam oats

Kandungan serat dalam oats boleh dibandingkan dengan pelbagai senarai makanan di bawah. Sekiranya anda mencari sumber serat yang lain selain oats, anda boleh memilih untuk makan buah- buahan seperti beri, prun, oren dan juga pisang!


Nestum pula adalah bijirin yang lebih lembut dan mudah dihadam. Ia diperbuat daripada jagung dan gandum serta diperkaya dengan sumber mineral dan vitamins. Tetapi nestum mengandungi elergen yang mungkin memberi kesan elergik kepada sesetengah orang seperti glutens, kekacang dan juga susu.

Kandungan nestum:
Tepung gandum, tepung beras, ekstrak malta, gula, tepung jagung, kalsium karbonat, kalsium fosfat, vanila tiruan, garam, asid askorbik atau Vitamin c, Ferum fumarat (iron), thiamin mononitrat (Vitamin B1), Pyridoxine Hydrochloride (HCL), Vitamin A Acetate, Folic Acid (Vitamin aB), Biotin, Vitamin D3, Vitamin B12.

Maklumat pemakanan nestum pula adalah:


Jadi sekarang mungkin anda akan merasakan bahawa oats adalah lebih baik kerana ia adalah makanan berasaskan bijirin yang amat menyihatkan. Jika anda mempunyai masalah untuk menelan oats, anda boleh cuba untuk menambah perisa seperti milo ataupun susu tepung. Untuk pesakit kencing manis pula, anda boleh menambah hanya 1 sudu besar (lebih kurang 15 grams) kismis atau buah prun ke dalam oats anda. Selamat mencuba!

Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai oats, sila ke website berikut ya >> http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54

8 comments:

Kaseh Kamila said...

thanks for the info..i love both of them..:)

jokermen said...

Tq info yg amat berguna

Tatan Farhatani said...

Awesome info

Unknown said...

Adkah oat lebih sesuai dijadikan menu diet berbanding nestum

Unknown said...

Terima kasih atas penjelasan... 👍

Unknown said...

Yes

Amin boys said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

Nazrin said...

Tq