Create your own banner at mybannermaker.com!

23 March 2013

Pementasan Teater Asmara Songsang sempena kutipan Amal Lahad Datu 2013



Assalamualaikum pembacaku yang cantik2 dan hensem2 sekalian..setelah penat berjalan2 seharian di Shah Alam Convention Centre Mall (SACCM), akhirnya dapat jugak menjunjung beg plastic Vincci hehe..ada mega sale laa..alhamdulillah, saya beli barang keperluan tau, bukan kemahuan..balikkkk ke UiTM Puncak Alam..tup tup roommate kata, jum pegi tengok teater..letih pun letih la, nak pegi tengok jugak hehe…

Babak 1, mesyuarat di Kampung

Persembahan pembukaan, tarian Arab

Siapakah disebalik topeng2 itu??


Mesyuarat pemuda Kampung hehe

Pasangan LGBT zero..tak kering gusi...

Kumpulan LGBT kena marah Datok

Babak kumpulan LGBT terkena tulah kerana melawan perintah AlQuran

Yang berselimut tu kunun2 malaikat nak tarik nyawa laaa..

Mari menyanyi lagu Malaysia hehehe

Penari Istana Budaya yang comel2 belaka

Teater yang bertajuk Asmara Songsang, sebuah teater muzikal yang dijayakan oleh barisan pelakon2 yang ternama seperti Dato Jalaludin Hassan, Radhi Khalid, Kamal Adli, Julia Ziegler, Zero Raja Lawak dan ramai lagi pelakon dari ASWARA. Teater ini adalah salah satu idea pengarah untuk mengketengahkan kesan negatif budaya LGBT atau Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender dalam kalangan generasi muda pada zaman sekarang.

Sambutan dari pelajar2 amat menggalakkan, penuh dewan kuliah 500 tau (DK500)..teater anjuran KARISMA dan UiTM ini diharapkan dapat diteruskan lagi kerana hiburan2 seperti ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang pelajar, bahkan membolehkan para pelajar mendalami maksud tersirat yang inigin disampaikan oleh pengarah…ciao…hehe

No comments: