Create your own banner at mybannermaker.com!

06 July 2012

iSlamik: Wacana ilmu bersama Ustaz Don Daniyal


Pada hari khamis, bertarikh 5 Julai 2012 bertempat di Ruang makan Café Rafflesia UiTM kampus Puncak Alam, berlangsungnya Program Wacana Ilmiah, iaitu ceramah bertajuk Bulan Ramadhan Bulan Tarbiyah anjuran Unit Pemikiran dan Kefahaman Islam CiTU UiTM Puncak Alam. Penceramah yang dijemput tak lain dan tak bukan adalah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, seorang penceramah bebas dan juga pengacara rancangan ilimiah di NTV7.

Walaupun saya tidak beberapa mengenali beliau, tetapi mendengarkan bacaan ayat-ayat suci dan bait- bait kata beliau membuatkan saya terpegun.. Antara pengisian yang telah disampaikan adalah mengenai permasalahan dalam niat di dalam bulan Ramadhan, kaedah bayaran Qadak dan Fidyah (denda) apabila tidak melangsaikan hutang puasa dan sebagainya. 

Terdapat juga sesi soal jawab diantara para pelajar dan tetamu yang hadir. Bagi saya program wacana ilmu seperti begini amat sesuai sekali diadakan di kampus kerana ia boleh mengajak para pelajar kearah kehidupan yang lurus dan membimbing kita kearah yang lebih mantap berpaksikan syariah dan rukun Islam.

Antara suasana yang dapat dirakamkan sepanjang program...hehehe sory tak banyak pictures pulak..:)








No comments: