Create your own banner at mybannermaker.com!

06 July 2012

iSlamik: Seminar Jutawan Muslim IluvIslam.com



Mungkin cerita ini agak terlambat untuk dicatatkan di dalam belog saya yang indah, tetapi saya tiba- tiba ingin berkongsi pengalaman ketika menghadiri Seminar Jutawan Muslim anjuran I Luv Islam, , bertempat Hotel Flamingo Ampang, Selangor pada hari Ahad yang lalu, bertarikh 29 April 2012.

Ceritanya bermula apabila pelajar kolej di UiTM ditawarkan untuk pergi ke ceramah dengan harga promosi iaitu RM50 sekepala. Sebelum promosi, harga asal untuk peserta adalah RM100. Bila dah cakap pasal duit, ramai yang tak nak pergi. Tetapi memandangkan saya adalah ahli kelab keusahawanan Kolej Rafflesia di UiTM, akhirnya UiTM bersetuju untuk membelanja keseluruhan peserta, termasuk makan dan minum.. 

Alhamdulillah..inilah rezeki yang Allah telah tetapkan..Ketika seminar berlangsung selama satu hari, ramai Jutawan Muslim telah dijemput sebagai penceramah jemputan, termasuklah pengasas muda I Luv Islam iaitu Mohd Norul Imran Koyube. Selain itu, banyak lagi jutawan lain yang gah seperti Irfan Khairi ( Jutawan Internet), Datin Zaleha (Jutawan Hati Bahagia), Prof Dato’ Dr Ir Asiah Abd Rahim (Jutawan Arkitek), Reymeee Hussein>> ni bekas kumpulan Innuendo (Jutawan World Dirham), Dr Sawiah Jusoh ( JUtawan 2 benua), Dr Zahazan Mohd ( JUtawan maklumat) huhuhu…dan banyak lagi….pengisian ceramah adalah termasuk cara nak jadi kaya, langkah-langkah dalam memulakan kerjaya sebagai usahawan dan cara untuk mengekalkan kebahagiaan di dalam nikmat dunia yang sementara..

Entah tak tau siapa yang bagi ceramah tu..tapi yang pastinya salah seorang Jutawan Muslim hehe

Seorang lagi bakal jutawan muslim insyaallah...hehe 


Dari belakang tampak kosong ja, sebab time ni org sibuk nak keluar nak pegi makan..



No comments: