Create your own banner at mybannermaker.com!

29 November 2013

Panduan Membeli belah makanan sumber karbohidrat berpandukan PIRAMID makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembacaku sekalian..hari ni nita nak kongsikan beberapa tips untuk membeli- belah keperluan makanan di pasar ataupun pasaraya. Tapi kali ni nita nak kongsikan sumber makanan dari aras satu pyramid makanan iaitu makanan sumber karbohidrat. InsyaAllah pada entri yang seterusnya nita akan kongsi pulak tips yang lain 

Pemakanan sihat bermula dari pasar raya. Jika anda memilih makanan yang sihat dan berkualiti di pasar raya, akhirnya diri anda dan keluarga anda turut merasai pemakanan yang sihat di rumah. Panduan membeli belah secara sihat ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal, Projek Pemakanan sihat di Pasar Raya, Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembagunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia. Nita Cuma salin ja kat blog ni untuk bahan bacaan bagi siapa2 yang tak berkesempatan untuk mendapatkan buku kecil ini di klinik kesihatan ataupun hospital..hehe

Sebelum membeli belah, pastikan anda:

1. Periksa stok makanan
2. Guakan aras yang terdapat pada pyramid makanan untuk menyenaraikan keperluan makanan seperti sumber bijirin,buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber protin seperti ayam dan ikan , produk tenusu, minyak, gula dan garam.

Semasa membeli- belah pastikan anda:

1. Elakkan pembelian yang tidak terancang
2. Pastikan anda memeriksa tarikh luput makanan pada pek pembungkusan makanan.

Panduan memilih makanan untuk aras pertama:

Jenis makanan: Beras/ mi/ mihun/ pasta


Pilihan bijak ialah: beras biasa,beras perang, beras rebus, jenis mihun dan pasta.
#BERWASPADA terhadap mi segera kerana ia tinggi kandungan lemak tepu dan garam.

Jenis makanan: Roti


Pilihan bijak ialah: Roti bijirin penuh, roti yang diperbuat daripada tepung berprotin tinggi, yang mengandungi oat, rai, bijian serta buahan kering
#BERWASPADA terhadap croissant, garlic bread, pastry, roti berkerim dan roti keju kerana tinggi kandungan lemak

Jenis makanan: Biskut/ roti/ kek


Pilihan bijak ialah: biskut yang rendah lemak,garam dan gula, biskut yang berasakan bijirin penuh dan biskut yang mengandungi buah- buahan kering
#BERWASPADA terhadap biskut yang mengandungi krim dan coklat kerana ia mengandungi banyak lemak, pastikan baca label sebelum pembelian

Jenis makanan: bijirin sarapan pagi


Pilihan bijak: Bijirin sarapan pagi yang tinggi serat serta rendah lemak dan gula
#BERWASPADALAH: Bijirin sarapan pagi yang disira adalah tinggi kandungan gula, Sesetengah bijirin sarapan pagi adalah tinggi tenaga walaupun rendah lemak, sila baca label makanan sebelum pembelian.

Okey, itu saja pada hari ini tau..sapa2 yang ada cadangan menu sihat tu bolehlah drop your comments below..nita ok je :) haha

No comments: