Ini adalah nestum dewasa |
Ini adalah nestum bayi |
Dan ini adalah oats |
Menurut sumber, memakan oats sebanyak 1 mangkuk (kira-kira 3 sudu makan) dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh sehingga 8 hingga 23%. Sumber juga mengatakan bahawa penurunan kadar kolestrol 1% bersamaan dengan penurunan risiko sakit jantung (Coronary Heart Disease) sebanyak 2%. Ini kerana oats mengandungi sejenis serat yang istimewa digelar sebagai 'beta- glucans'.
Kandungan nutrisi di dalam oats |
Kandungan serat dalam oats boleh dibandingkan dengan pelbagai senarai makanan di bawah. Sekiranya anda mencari sumber serat yang lain selain oats, anda boleh memilih untuk makan buah- buahan seperti beri, prun, oren dan juga pisang!
Kandungan nestum:
Tepung gandum, tepung beras, ekstrak malta, gula, tepung jagung, kalsium karbonat, kalsium fosfat, vanila tiruan, garam, asid askorbik atau Vitamin c, Ferum fumarat (iron), thiamin mononitrat (Vitamin B1), Pyridoxine Hydrochloride (HCL), Vitamin A Acetate, Folic Acid
(Vitamin aB), Biotin, Vitamin D3, Vitamin B12.
Maklumat pemakanan nestum pula adalah:
Jadi sekarang mungkin anda akan merasakan bahawa oats adalah lebih baik kerana ia adalah makanan berasaskan bijirin yang amat menyihatkan. Jika anda mempunyai masalah untuk menelan oats, anda boleh cuba untuk menambah perisa seperti milo ataupun susu tepung. Untuk pesakit kencing manis pula, anda boleh menambah hanya 1 sudu besar (lebih kurang 15 grams) kismis atau buah prun ke dalam oats anda. Selamat mencuba!
Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai oats, sila ke website berikut ya >> http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54
Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai oats, sila ke website berikut ya >> http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54
9 comments:
thanks for the info..i love both of them..:)
Tq info yg amat berguna
Awesome info
Adkah oat lebih sesuai dijadikan menu diet berbanding nestum
Terima kasih atas penjelasan... 👍
Yes
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
Tq
Untuk diet nestum sesuai tak?
Post a Comment