Create your own banner at mybannermaker.com!

01 December 2013

Welcome DECEMBER~ Mari kita squat bersama-sama :)


Assalamualaikum semua!..Hari ini nita nak mengucapkan selamat datang disember! Alhamdulillah kita telah dikurniakan umur panjang dan dalam tempoh sebulan lagi kita akan menjejak ke tahun 2014..hohoho! Marilah kita mempertingkatkan amal ibadah dan menjauhkan kontroversi ataupun kelemahan diri :)

Nak kekal seksi sehingga tahun hadapan, jangan lupa senaman hari ini, squat 15 kali, rehat 5 saat selama 10 minit untuk membentuk punggung yang cantik :) hewhew


Squat dengan dumbell.
1. Berdiri tegak dengan dumbell di kedua-dua belah tangan dan tangan lurus ke bawah
2. Pandang ke depan dan turun perlahan2 dengan gaya mencangkung tapi jangan turun habis ya, lentikkan sedikit glutes (punggung) anda
3. Pastikan lutut tu tak melepasi hujung kaki tau.
4. Kemudian, berdiri ke posisi 1 secara perlahan-lahan
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak 15 kali dan selangi rehat 5 saat.

Squat tanpa alatan. Sama seperti di atas, tetapi genggamkan tangan anda, dada kedepan dan glutes melentik ke belakang.
Sekian, jumpa lagi di entri yang akan datang!

No comments: