Create your own banner at mybannermaker.com!

10 November 2013

Terapi Kecantikan Melalui SUSU..Nyumss

           Assalamualaikum pembacaku yang cantik dan hensem sekalian, apa khabar harini? ada sarapan pagi minum susu tak tadi heheh? Bukan apa, nita hari ni nak bagitau pasal susu lah ni..



            Susu yang juga terkenal sebagai makanan yang mempunyai sumber kalsium dan vitamin D amat dicintai semua lapisan umur. Tak kira dari bayi hingga ke tua, semua orang akan mencintai susu kerana nak ambik khasiat kalsium tu.

           Memandangkan susu diambil dari sumber yang berbeza, sudah tentu kandungan kalsium, protein, vitamin dan mineralnya berbeza. Ini boleh dilihat melalui label nutrisi bagi setiap produk susu. Tapi kali ini saya tak nak bebel panjang atau nak banding2 kan produk, tapi nak bagitau korang apa yang best pasal susu ni.

           Tercatat dalam sejarah Mesir purba, Ratu Cleopatra iaitu Ratu paling cantik di Mesir satu ketika dahulu pernah mengamalkan terapi kecantikan susu. Ini boleh dibuktikan dengan penemuan catatan hiroglif Mesir purba. Pada masa sekarang terapi kecantikan masih lagi diamalkan secara moden, iaitu di salun2 kecantikan dan produk kosmetik.

Susu sebagai masker wajah

Nak bilas wajah guna susu pun boleh hehe :)

Apa yang best pasal susu ni:
  • Buat wajah lebih berseri
  • Melembutkan kulit badan
  • Menanggalkan kotoran di wajah
  • Mengecilkan pori2 wajah
  • Mengubati ruam2 dan kerengsaan
  • Menaggalkan sel2 mati



Salah satu produk di pasaran yang menawarkan kebaikan susu untuk perawatan wajah

Mandi susu sebagai terapi kecantikan
Baiklah kali ni nita nak bagi tips sikit camana nak buat terapi kecantikan diri di rumah:

Pencerahan wajah: 
Bahan- bahan: 2 sudu besar susu tepung, 1 sudu besar madu dan air suam
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan ke wajah. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

Jadikan kulit mulus dan lembut:
Bahan- bahan: 1 cawan susu, 3 sudu oatmeat
Caranya: Gaulkan semua bahan2 dan boleh digunakan untuk kulit wajah dan scrub.

Masker susu:
Bahan- bahan: Vitamin E essential oil, 2 sudu kecil sus atau yogurt, 1 sudu madudan jus lemon
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan di badan atau wajah. Biarkan semua bahan meresap selama 15 minit dan bilas dengan air bersih

Mandi susu:
Bahan- bahannya: Susu tepung dan air mandian
Caranya: Campurkan susu kedalam air mandian dan mandi seperti biasa. Terapi ini dilakukan oleh Ratu Cleopatra tetapi baginda melakukannya dengan susu unta

Itulah serba sedikit rahsia yang nita dapat kongsikan untuk entri kali ini. Memandangkan nita dah selalu minum susu, jadi teringin jugak nak bagi kulit ni makan susu hehehe :) Selamat mencuba ya!

No comments: