Create your own banner at mybannermaker.com!

08 November 2013

Diet Atkin: Apa yang perlu anda tahu?


Sarapan dulu..haha

Yoshh..

Suasana dalam CTC selayang..uhh sangat cantiks

Sesi konsultasi oleh Cik Farhanah


           Pada khamis yang lepas, saya dan kawan2 telah pergi ke Clinical Training Center (CTC) Selayang dan berpelunag beramah mesra dengan Clinical Instructor Cik Farhanah. Sngat gembira apabila kita berpeluang mempelajari ilmu baru disana. Borak punya borak, kami sempat bertanya tentang permasalahan klient2 di Hospital. Kebanyakan klien yang memiliki masalah berat badan akan berusaha menurunkan berat badan dengan pelbagai2 cara. Ini termasuklah dengan cara memotong kalori makanan dan juga aktiviti fizikal. Jadi nita buatlah pembacaan di pelbagai jenis artikel..

           Nampaknya ada satu jenis diet yang amat popular diamalkan di Amerika Syarikat yang dinamakan Diet Dr Atkin. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang diet Dr Atkin ini, tapi sejauh manakan keberkesanannya dan apakah kesan pengamalan diet ini untuk menurunkan berat badan?

1.       Konsep asas diet Atkin

Buku diet popular di AS - Dr Atkins New Diet Revolution

             Teori Dr Atkins adalah mengelak pengambilan karbohidrat sepenuhnya, iaitu bagi beliau, kebanyakan pesakit yang bermasalah berat badan mempunyai hipersensitif yang tinggi terhadap karbohidrat dan gula serta konsumsi yang berlebihan. Dr Atkin berpendapat bahawa ramai pesakit yang bermasalah berat badan adalah tidak sensitive terhadap insulin. Jadi metabolisma karbohidrat menjadi tidak sempurna. Sebab itulah Dr Atkin telah menyekat pangambilan makanan seperti gula ringkas, minuman manis dan makanan snek segera.

            Jika badan telah dikurangkan [engambilan karbohidrat, jadi badan akan mencari tenaga lain, salah satunya ialah tenaga dari lemak. Ini terjadi kerana badan manusia telah masuk ke fasa ketosis, dimana badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Dan pada satu tahap, lemak akan berkurangan dan ini menjadikan berat badan si pengamal akan menjadi rendah dan akhirnya berat badan ideal mudah tercapai.

2.       Salah tanggapan mengenai diet Atkin

             Kebanyakan klien bertanggapan bahawa diet Atkin menggalakkan pengambilan sumber lemak dan tenusu yang banyak, jadi mereka mula mngambil makanan dari sumber ini secara berlebihan. Makanan seperti keju cheddar, susu penuh krim dan daging.

              Selain itu pengamal diet Atkin terlalu tegas dalam pengambilan karbohidrat dimana pada 2 minggu pertama, hanya 20 gram karbohidrat dibenarkan. Tapi berdasarkan catatan pertama Dr Atkins pada 70-an, jumlah karbohidrat yang diambil adalah bertambah dari minggu ke minggu, selagi pengamal diet Berjaya menurunkan berat badan mereka.

3.       Antara fakta2 lain mengenai diet Atkin: -

              Dr Robert Eckel dari American Heart Association mengatakan makanan tinggi protein, karbohidrat rendah akan menyebabkan orang mempunyai risiko penyakit jantung. Kajian jangka panjang dalam New England Journal of Medicine in 2006 mendapati wanita yang mengamalkan diet rendah karbo adalah lebih sihat berbanding wanita yang mengamalkan diet tinggi karbo. Wanita yang memakan sumber protein dan lemak dari tumbuhan adalah lebih sihat dan rendah risiko dalam penyakit jantung.

               Pada tahun 2001, kajian saintifik yang dijalankan oleh Dr Freedman et al. dan dipaparkan dalam jurnal aryikel Obesity Research  (kajian Obesiti) memberikan konklusi bahawa pengamal karbo rendah lebih mudah menurunkan berat badan kerana terjadinya pengurangan air dalam badan.

                Pada tahun 2004, satu kajian telah dijalankan dan menyatakan bahawa kesan jangka pendek untuk pengamal diet rendah karbohidrat adalah cirit birit, lemah badan, kekejangan dan juga ruam ruam.

Salah satu website yang mempromosikan pemakanan dan diet Dr Atkin
Nota kaki: Tak penting lah diet jenis apa pun, janji kita tahu apa kelebihan dan kekurangannya.. diet Atkin ni bukan tak boleh, tapi kurang sesuai untuk jangka masa panjang. Jadi nak sihat sebenarnya kena makan ikut porsi yang betul hehe :)


1 comment:

Nore El Yana said...

salam ...nka tanya..buku nih ade ke jual kat mane2 kedai buku and terjemahan dalam bahasa melayu