Create your own banner at mybannermaker.com!

21 November 2013

Daging babi: Kenapa berbahaya dan diharamkan dalam Islam

Beware!! Non- halal food!

 “Katakanlah. ‘ Tidaklah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih selain nama Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak mengiginkannya, dan tdak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Rabb kamu maha Pengampun lagi Maha Penyayang’ (Al- An’am:145)

        Babi adalah haiwan yang sangat kotor, dan biasanya hanya memakan apa sahaja benda yang diberikan kepadanya. Babi memiliki sifat pemalas, tidak suka cahaya matahari, tidak suka berjalan-jalan,sangat suka makan dan tidur dan memiliki sifat yang sangat tamak.

        Mengapakah Islam  mengharamkan terus daging babi dari dikomsumsi oleh penganutnya?
Babi adalah gudang parasite dan bakteria yang membahayakan. Oleh itu babi tidak layak dijadikan bahan makanan. Antara parasite parasite yang terkandung dalam daging babi adalah:

Cacing Taenia solium

Parasit yang terdapat dalam sel otot daging babi. Larva cacing ini berbentuk gelembung pada daging babi. Apabila manusia makan daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, gelembung –gelembung itu akan pecah dan akan membiak di dalam usus manusia. Cacing ini boleh menjalar ke organ-organ lain melalui limpa dan akhirnya akan masuk ke otak dan saraf.

Cacing Trichinella spiralis (Trichinellosis)

Begitu juga keadaannya dengan parasite ini. Ia hidup sebagai larva didalam gelembung-gelembung lembut didalam daging babi. Apabila ia pecah, larva ini akan membiak di dalam usus dan bila mencapai temph matang, ia akan menjalar ke organ-organ penting seperti hati, otak, paru-paru. Ia boleh membesar di dalam rongga – rongga tubuh dan menyebabkan ‘blockage’ di kawasan tersebut.

Cacing Schistosoma Japonicum

Cacing yang amat berbahaya kerana hanya dijumpai di dalam daging babi. Cacing ini masuk melalui menyentuh atau meminum air yang mengandungi larva cacing ini. Kotoran yang datang dari tempat penternakan mungkin mempunyai cacing jenis ini. Ia berkembang sangat cepat, kerana cacing ini terdiri daripada dua jantina, jantan dan betina yang boleh membiak hingga 20,000 telur. Menyerang otak dan limpa serta boleh membuat si mangsa lumpuh dan kematian.

Cacing Ascaris

Cacing yang pernah menjadi kontroversi kerana pernah dijumpai dalam badan si pesakit yang bertahun-tahun menderita sakit perut! Panjang sekitar 10 inci dan boleh menyebbkan radang paru2, radang bronkus dan tidak boleh dibunuh. Hanya boleh dikelurkan dengan cara pembedahan.

Banyak lagi sebab- sebab mengapa daging ini diharamkan, kajian barat sendiri pun sudah mengesahkan kewujudan parasit- parasit ini dalam daging babi.

Nota kaki: Bersyukur kerana lahir dalam agama Islam dan semua perkara yang tercatat dalam alQuran memang ada bukti saintifiknya..Alhamdulillah :)

Rujukan:
J.H Kellogg MD http://www.giveshare.org/Health/porkeatdanger.html The dangers of Pork eating Exposed
Prof. Dr. Abd Basith Muhammad, Cara Makan Rasulullah, makanan sihat dan berkualiti


No comments: