Create your own banner at mybannermaker.com!

29 November 2013

Panduan Membeli belah makanan sumber karbohidrat berpandukan PIRAMID makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembacaku sekalian..hari ni nita nak kongsikan beberapa tips untuk membeli- belah keperluan makanan di pasar ataupun pasaraya. Tapi kali ni nita nak kongsikan sumber makanan dari aras satu pyramid makanan iaitu makanan sumber karbohidrat. InsyaAllah pada entri yang seterusnya nita akan kongsi pulak tips yang lain 

Pemakanan sihat bermula dari pasar raya. Jika anda memilih makanan yang sihat dan berkualiti di pasar raya, akhirnya diri anda dan keluarga anda turut merasai pemakanan yang sihat di rumah. Panduan membeli belah secara sihat ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal, Projek Pemakanan sihat di Pasar Raya, Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembagunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia. Nita Cuma salin ja kat blog ni untuk bahan bacaan bagi siapa2 yang tak berkesempatan untuk mendapatkan buku kecil ini di klinik kesihatan ataupun hospital..hehe

Sebelum membeli belah, pastikan anda:

1. Periksa stok makanan
2. Guakan aras yang terdapat pada pyramid makanan untuk menyenaraikan keperluan makanan seperti sumber bijirin,buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber protin seperti ayam dan ikan , produk tenusu, minyak, gula dan garam.

Semasa membeli- belah pastikan anda:

1. Elakkan pembelian yang tidak terancang
2. Pastikan anda memeriksa tarikh luput makanan pada pek pembungkusan makanan.

Panduan memilih makanan untuk aras pertama:

Jenis makanan: Beras/ mi/ mihun/ pasta


Pilihan bijak ialah: beras biasa,beras perang, beras rebus, jenis mihun dan pasta.
#BERWASPADA terhadap mi segera kerana ia tinggi kandungan lemak tepu dan garam.

Jenis makanan: Roti


Pilihan bijak ialah: Roti bijirin penuh, roti yang diperbuat daripada tepung berprotin tinggi, yang mengandungi oat, rai, bijian serta buahan kering
#BERWASPADA terhadap croissant, garlic bread, pastry, roti berkerim dan roti keju kerana tinggi kandungan lemak

Jenis makanan: Biskut/ roti/ kek


Pilihan bijak ialah: biskut yang rendah lemak,garam dan gula, biskut yang berasakan bijirin penuh dan biskut yang mengandungi buah- buahan kering
#BERWASPADA terhadap biskut yang mengandungi krim dan coklat kerana ia mengandungi banyak lemak, pastikan baca label sebelum pembelian

Jenis makanan: bijirin sarapan pagi


Pilihan bijak: Bijirin sarapan pagi yang tinggi serat serta rendah lemak dan gula
#BERWASPADALAH: Bijirin sarapan pagi yang disira adalah tinggi kandungan gula, Sesetengah bijirin sarapan pagi adalah tinggi tenaga walaupun rendah lemak, sila baca label makanan sebelum pembelian.

Okey, itu saja pada hari ini tau..sapa2 yang ada cadangan menu sihat tu bolehlah drop your comments below..nita ok je :) haha

21 November 2013

Daging babi: Kenapa berbahaya dan diharamkan dalam Islam

Beware!! Non- halal food!

 “Katakanlah. ‘ Tidaklah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih selain nama Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak mengiginkannya, dan tdak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Rabb kamu maha Pengampun lagi Maha Penyayang’ (Al- An’am:145)

        Babi adalah haiwan yang sangat kotor, dan biasanya hanya memakan apa sahaja benda yang diberikan kepadanya. Babi memiliki sifat pemalas, tidak suka cahaya matahari, tidak suka berjalan-jalan,sangat suka makan dan tidur dan memiliki sifat yang sangat tamak.

        Mengapakah Islam  mengharamkan terus daging babi dari dikomsumsi oleh penganutnya?
Babi adalah gudang parasite dan bakteria yang membahayakan. Oleh itu babi tidak layak dijadikan bahan makanan. Antara parasite parasite yang terkandung dalam daging babi adalah:

Cacing Taenia solium

Parasit yang terdapat dalam sel otot daging babi. Larva cacing ini berbentuk gelembung pada daging babi. Apabila manusia makan daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, gelembung –gelembung itu akan pecah dan akan membiak di dalam usus manusia. Cacing ini boleh menjalar ke organ-organ lain melalui limpa dan akhirnya akan masuk ke otak dan saraf.

Cacing Trichinella spiralis (Trichinellosis)

Begitu juga keadaannya dengan parasite ini. Ia hidup sebagai larva didalam gelembung-gelembung lembut didalam daging babi. Apabila ia pecah, larva ini akan membiak di dalam usus dan bila mencapai temph matang, ia akan menjalar ke organ-organ penting seperti hati, otak, paru-paru. Ia boleh membesar di dalam rongga – rongga tubuh dan menyebabkan ‘blockage’ di kawasan tersebut.

Cacing Schistosoma Japonicum

Cacing yang amat berbahaya kerana hanya dijumpai di dalam daging babi. Cacing ini masuk melalui menyentuh atau meminum air yang mengandungi larva cacing ini. Kotoran yang datang dari tempat penternakan mungkin mempunyai cacing jenis ini. Ia berkembang sangat cepat, kerana cacing ini terdiri daripada dua jantina, jantan dan betina yang boleh membiak hingga 20,000 telur. Menyerang otak dan limpa serta boleh membuat si mangsa lumpuh dan kematian.

Cacing Ascaris

Cacing yang pernah menjadi kontroversi kerana pernah dijumpai dalam badan si pesakit yang bertahun-tahun menderita sakit perut! Panjang sekitar 10 inci dan boleh menyebbkan radang paru2, radang bronkus dan tidak boleh dibunuh. Hanya boleh dikelurkan dengan cara pembedahan.

Banyak lagi sebab- sebab mengapa daging ini diharamkan, kajian barat sendiri pun sudah mengesahkan kewujudan parasit- parasit ini dalam daging babi.

Nota kaki: Bersyukur kerana lahir dalam agama Islam dan semua perkara yang tercatat dalam alQuran memang ada bukti saintifiknya..Alhamdulillah :)

Rujukan:
J.H Kellogg MD http://www.giveshare.org/Health/porkeatdanger.html The dangers of Pork eating Exposed
Prof. Dr. Abd Basith Muhammad, Cara Makan Rasulullah, makanan sihat dan berkualiti


20 November 2013

Manfaat buah OREN untuk kesihatan dan kecantikan


Assalamualaikum pembacaku yg comel dan hebat sekalian~ oo hebat? haha..hari ni nita nak bagitau nita da baca satu chapter dalaam buku Rasulullah is my Doctor, okey kredit nak diberikan kepada Alifah F. pemilik buku ni..mungkin org dah biasa dengar tentang vitamin C dan buah- buahan kan?

Tadaaa..inilah dia buah OREN..yes oren kerana warnanya adalah oren dan berbentuk 'O'.
Khasiat oren adalah boleh mencegah selesema, menurunkan paras kolesterol dan juga menghancurkan batu karang, InsyaAllah :)

To the O

To the R

To the E

To the N...OREN!


Ringkas sahaja hari ini..lain kali nita akan padatkan lagi entri2 ya! adioss..

Nota kaki: Vitamin C diperlukan oleh tubuh untuk penghasilan kolagen dan kolagen ni suatu agen untuk memastikan kulit kita xcepat kedut2 gitu..Jadi mulai sekarang makanlah OREN!
Rujukan: Jerry d.Gray, Rasulullah is my Doctor, 2013

12 November 2013

It's 13rd November 2013 (13/11/13). Tkda yg special pun, tarikh ni mcm cantik semacam ja hehe :P


Nita nak buat #Wordless Wednesday jugak tapi jari ni nak menaip naip sesuatu..tapi takpa la, nita nak bagitau kita mestilah confident! dengan penampilan kita okayy....


Yes, I am gorgeous! Aku cantik aku cantik..tenkiu mami tenkiu dadi!!

Italiano de entree hAhAhA

Itali
Assalamualaikum dan salam bebahagia kepada semua pembacaku sekalian..Hari ni nita nak habaq mai kat semua org kampung, nita minat dan suka tengok iklan produk ni..

Sweet Recipe Baby Choux from Etude House....
Yummy

Awww so adorable right??
Ni nak bagitau la pasal nama dia ni, Sweet Recipe Baby Choux..google punya google, rupanya Choux ni adalah sejenis pastry yang berasal dari Italiano..ITALY!!

Pate Au Choux ... Ni nita nak ajar cara sebutannya ya..
Patty au shoe...hehehehe...dan nak tengok x mcmana gambar 'shoe' boleh dimakan ni?


Sebelum dibakar..drooling**

Macam comel jer, macam cantik jer!!
Alamak apakah sindrom yg melanda ni, tengok kosmetik pun mcm tengok makanan! hoho

Make up base (bukan untuk dimakan tau)
Baiklah..itu baru satu..nita nak kongsikan jugak makanan Itali dengan nama yang beberlit..eh bebelit lidah nak sebut..:


 1. Beurre blanc sebutannya (berg blang) - Bermaksud sos putih..Selalunya dimakan bersama ikan dan makanan laut



2. Gratins sebutannya (gratong) - Bermaksud 'parutan' - teknik dalam penyediaan makanan di mana makanan akan diselaputi keju parut atau serpihan roti di bahagian atas sebelum dibakar di dalam ketuhar


3. Moelleux Au Chocolat sebutannya (mui:luh au cokolat) - Yang bermaksud lembut dan gebu (soft and mellow). Kek coklat yang dimasak separa supaya ditengahnya masih kelihatan coklat masakan dan melimpah ruah apabila dipotong..awwww


4. Baguette sebutannya (bajet) - Roti murah..eh salah..roti panjang dari Perancis, tinggi kandungan gandum dan hanya pembuat roti dari Perancis ja terer buat roti ni hehe :)

Okelah, itulah sedikit sebanyak perkongsian pada malam ni..nita dah nak tido dah ni, itulah gaya penulis yang suka buat blog waktu malam2 camni haha..okeylah sapa2 teingin nak mengetahui lebih lanjut mengenai makanan Itali, silalah berkunjung ke http://www.italianfoodforever.com/ Bole ja tatap2 gambar..lalalala....ADIOSSSS..zzzz

10 November 2013

Terapi Kecantikan Melalui SUSU..Nyumss

           Assalamualaikum pembacaku yang cantik dan hensem sekalian, apa khabar harini? ada sarapan pagi minum susu tak tadi heheh? Bukan apa, nita hari ni nak bagitau pasal susu lah ni..



            Susu yang juga terkenal sebagai makanan yang mempunyai sumber kalsium dan vitamin D amat dicintai semua lapisan umur. Tak kira dari bayi hingga ke tua, semua orang akan mencintai susu kerana nak ambik khasiat kalsium tu.

           Memandangkan susu diambil dari sumber yang berbeza, sudah tentu kandungan kalsium, protein, vitamin dan mineralnya berbeza. Ini boleh dilihat melalui label nutrisi bagi setiap produk susu. Tapi kali ini saya tak nak bebel panjang atau nak banding2 kan produk, tapi nak bagitau korang apa yang best pasal susu ni.

           Tercatat dalam sejarah Mesir purba, Ratu Cleopatra iaitu Ratu paling cantik di Mesir satu ketika dahulu pernah mengamalkan terapi kecantikan susu. Ini boleh dibuktikan dengan penemuan catatan hiroglif Mesir purba. Pada masa sekarang terapi kecantikan masih lagi diamalkan secara moden, iaitu di salun2 kecantikan dan produk kosmetik.

Susu sebagai masker wajah

Nak bilas wajah guna susu pun boleh hehe :)

Apa yang best pasal susu ni:
  • Buat wajah lebih berseri
  • Melembutkan kulit badan
  • Menanggalkan kotoran di wajah
  • Mengecilkan pori2 wajah
  • Mengubati ruam2 dan kerengsaan
  • Menaggalkan sel2 mati



Salah satu produk di pasaran yang menawarkan kebaikan susu untuk perawatan wajah

Mandi susu sebagai terapi kecantikan
Baiklah kali ni nita nak bagi tips sikit camana nak buat terapi kecantikan diri di rumah:

Pencerahan wajah: 
Bahan- bahan: 2 sudu besar susu tepung, 1 sudu besar madu dan air suam
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan ke wajah. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

Jadikan kulit mulus dan lembut:
Bahan- bahan: 1 cawan susu, 3 sudu oatmeat
Caranya: Gaulkan semua bahan2 dan boleh digunakan untuk kulit wajah dan scrub.

Masker susu:
Bahan- bahan: Vitamin E essential oil, 2 sudu kecil sus atau yogurt, 1 sudu madudan jus lemon
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan di badan atau wajah. Biarkan semua bahan meresap selama 15 minit dan bilas dengan air bersih

Mandi susu:
Bahan- bahannya: Susu tepung dan air mandian
Caranya: Campurkan susu kedalam air mandian dan mandi seperti biasa. Terapi ini dilakukan oleh Ratu Cleopatra tetapi baginda melakukannya dengan susu unta

Itulah serba sedikit rahsia yang nita dapat kongsikan untuk entri kali ini. Memandangkan nita dah selalu minum susu, jadi teringin jugak nak bagi kulit ni makan susu hehehe :) Selamat mencuba ya!

09 November 2013

DIET SHAKEs: Produk pelangsing berasaskan kaedah kocak

               Hello guys!! hari ni hari sabtu jadi nita nak letak entri yang simple2 ja..sebab apa, sebab nita amat mengantuk bila hujung2 minggu nih..Nita punya search kat intenet, terjumpa mcm2 produk pelangsingan badan..korang penah ke tak rasa minuman kocak diet (alamak teruk betul bahasa melayu aku)..hehe diet shakes amat popular di Malaysia ni sebab org sekarang ni makin sibuk, masa pun berlalu dengan pantas, diameter pinggang apatah lagi..sebab tu la nita belajar dari diri sendiri jugak, dulu pun nita ambil minuman shakes, sebab ringkas dan penuh khasiat. Tapi kita harus tahu bahawa shakes tidak sesuai diamalkan untuk jangka masa panjang.. Ini kerana manusia memerlukan nutrien lengkap daripada sumber makanan yang betul2 makanan, alami, el naturel..bukan nya hanya bergantung kat produk2..jadi..let me reveal to u olls...

Tertanya2 adakah aku ni golongan yg mana satu..huhukk..

Minggu ni ko hade cek berat dok??? hahaha
            Sebenarnya nita bukan nak membandingkan produk2 diet di pasaran, cuma nak ringkaskan ja kat sini. sebab senang lagi kita nak tengok yang mana satu diet shakes yang lebih baik. Pendapat org kan semua berbeza-beza, ada yg kata ini bagus, itu bagus..apa pun semua bergantung pada fakta nutrisi dalam shakes tersebut dan kesan pada tubuh badan kita. Nita ada letak info dan harga sekali hehe..saja ja nak kasi tau, mana tau korang berminat nak try..hihi

Senarai shakes yang popular kat Malaysia ni adalah (tak ikut turutan populariti tau)

- Herbalife
- Usana
- GNC
- Aura Slim
- Alpha Lipid Slim Diet
- Shaklee Cinch


1. Herbalife Nutritional Shake Mix
Herbalife shake

Fakta nutrisi herbalife shake
          Dengan tagline 'have you had your shake today?' Herbalife merupakan salah satu syarikat yang memasarkan produk berasakan herba, diformulasikan secara saintifik dan rendah kalori. Herbalife shakes mengandungi pelbagai jenis nutrien yang lengkap untuk menggantikan satu hidangan lengkap untuk sarapan, makan tengahari dan dinner. Banyak da kisah2 org gemuk jadi begitu kurus dengan mengamalkan produk ni. Nita xpasti jugak diorang ni sanggup tahan lapar, tapi ramai yg kata, pas minum shakes ni, dah rasa kenyang da.

Harga: RM163.00 (lebih kurang)
Apa yg best?
-Setiap hidangan mengandungi 9g protin, pastu yg selebihnya korang kira sendiri lah ye, kat atas tu dah ada info nutrisi bagi 1 gram serbuk shakes Herbalife.

2. USANA Nutrimeal

Usana shake

Fakta nutris USANA shake

              Ni nita nak buat pengakuan la, nita penah ja amik minuman shake USANA ni..sebab dulu badan nita 64kg. Jadi pas amik minuman shake usana ni plak, ada pantang dia..jangan makan NASIK!..okey nasik adalah sumber karbo terpenting org Malaysia dan Asia kan? Tapi nita memang tak makan nasik sebulan pun, alhamdulillah menjadi..sekarang nih berat da 56kg da hahahakss..okey fine, jgn ikut cam nita tau, apa2 pun pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang haruslah diamalkan.

Harga: RM132.00
Apa yg best?
- serat makanan 8 gram bagi setiap hidangan
- Kandungan protin 15 gram bagi setiap hidangan
- Indeks Glisemik (IG) rendah (makin rendah IG, makin bagus tau) *IG: Kadar perlepasan glukos ke dalam salur darah)


3. GNC Lean Shake
GNC shake
Fakta nutrisi GNC Shake
          Ni satu lagi produk terpopular di abad ni. Syarikat ni menjual produk kat shopping complex dan mall sebab produk diorang ni bukan yang cikai2 tau. Harga pun Yahoo! punya kawkaw la..Mendakwa bahawa sapa2 yang minum konfirm kurus punya, shakes ni macam meal- replacement drink..Jika digabungkan ngan senaman dan diet yang teratur akan menjanjikan penurunan berat yg maksimum.

Harga: RM179.00
Apa yg best?
- Mengandungi oat yang kaya ngan Beta -Glucan, jadi peminum akan berasa cepat kenyang
- Rendah Indeks Glisemik

3. AuraSlim Shakes
Aura Slim Shake
       Haa..ni geng satu company ngan AuraWhite yang popular dalam TV tu, yg sapa kalau minum boleh putih melepak satu badan. AuraSlim ni tak jumpa lagi kandungan nutrisi nya, sebab tadi search punya search tak jumpa jgak..tapi yang pastinya, Aura Slim ni dibuat daripada ekstrak buah- buahan, jadi mesti kandungan vitamin C dan Vitamin A tinggi.

Harga: RM150.00
Apa yang best:
- Mengandungi estrak Garcinia Cambogia (Ni macam herba yang boleh kawal nafsu lapar la- boleh google kat internet nanti)
- Mengandungi prebiotik yang boleh jaga kesihatan usus korang dan juga kaya ngan serat buah- buahan

4. Alpha Lipid SlimDiet 2

Alpha Lipid SD 2 Shake
Info nutrisi untuk Alpha Lipid SD
         Satu lagi produk yang tengah hangat ditayangkan kat televisyen. Alpha Lipid ni macam satu company multi-level marketing yang jual pelbagai jenis produk lain. Ada yg satu lagi tu Alpha Lipid Lifeline, banyak jugak kisah2 insan yang berjaya mengembalikan kesihatan setelah minum AL Lifeline tu. Alhamdulillah..untuk shakes Slim Diet ni, konsep nya sama jgak dengan produk sebelum ni, sebagai pengganti makanan. Shakes ni kalau minum boleh kawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.

Harga: RM180.00
Apa yg best?
- Protin dia hebat lagi, satu hidangan sama dengan 10 gram protin
- Ada ekstrak Green Tea (popular dengan jolokan antioksida)

6. Shaklee Cinch

Shaklee Cinch

Info nutrisi Cinch
        Okeyla, ni yang terakhir, sakit pinggang jugak nak crita panjang2 pasal shakes ni..hahakss..Produk mahal tapi berbaloi (kata org yang da minum la)..Shaklee Cinch ni adalah salah satu SET KURUS BADAN Shaklee..produk lain seperti Herblax dan ESP pun popular jugak..Ada 3 perisa, coklat, vanila dan latte (terer pulak pasal Shaklee hahaha)..Plan pemakanan Cinch ni menggantikan 2 kali waktu makan iaitu makan tengahari dan makan malam.

Harga: RM181.00
Apa yg best:
-Mengandungi leucine yang tinggi ( mengekalkan otot yang ada dan sekaligus membakar lemak2)

         Sebenarnya ada banyak lagi jenis shakes di pasaran yang tak sempat nita tulis kat sini, nanti ada masa nita tambah dan modified apa yang patut, pasni ada pulak yang komen nita ni buat entri sukahati je..ahaha takda lah, ni nita pun buat rujukan jugak. Harap sapa2 yang gusar nak minum shakes ke nak makan seimbang, fikir banyak kali lah ya, sbab sekali lagi nak tegaskan, shakes ni untuk jangka masa pendek ja, kesihatan badan dan duit poket kena jaga jugak~

Nota kaki: Shakes pun shakes jugak, yang mengamalkan shakes ni jangan la lupa nak shake sikit badan tu, kita bersenam jom!! hehehe

08 November 2013

Diet Atkin: Apa yang perlu anda tahu?


Sarapan dulu..haha

Yoshh..

Suasana dalam CTC selayang..uhh sangat cantiks

Sesi konsultasi oleh Cik Farhanah


           Pada khamis yang lepas, saya dan kawan2 telah pergi ke Clinical Training Center (CTC) Selayang dan berpelunag beramah mesra dengan Clinical Instructor Cik Farhanah. Sngat gembira apabila kita berpeluang mempelajari ilmu baru disana. Borak punya borak, kami sempat bertanya tentang permasalahan klient2 di Hospital. Kebanyakan klien yang memiliki masalah berat badan akan berusaha menurunkan berat badan dengan pelbagai2 cara. Ini termasuklah dengan cara memotong kalori makanan dan juga aktiviti fizikal. Jadi nita buatlah pembacaan di pelbagai jenis artikel..

           Nampaknya ada satu jenis diet yang amat popular diamalkan di Amerika Syarikat yang dinamakan Diet Dr Atkin. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang diet Dr Atkin ini, tapi sejauh manakan keberkesanannya dan apakah kesan pengamalan diet ini untuk menurunkan berat badan?

1.       Konsep asas diet Atkin

Buku diet popular di AS - Dr Atkins New Diet Revolution

             Teori Dr Atkins adalah mengelak pengambilan karbohidrat sepenuhnya, iaitu bagi beliau, kebanyakan pesakit yang bermasalah berat badan mempunyai hipersensitif yang tinggi terhadap karbohidrat dan gula serta konsumsi yang berlebihan. Dr Atkin berpendapat bahawa ramai pesakit yang bermasalah berat badan adalah tidak sensitive terhadap insulin. Jadi metabolisma karbohidrat menjadi tidak sempurna. Sebab itulah Dr Atkin telah menyekat pangambilan makanan seperti gula ringkas, minuman manis dan makanan snek segera.

            Jika badan telah dikurangkan [engambilan karbohidrat, jadi badan akan mencari tenaga lain, salah satunya ialah tenaga dari lemak. Ini terjadi kerana badan manusia telah masuk ke fasa ketosis, dimana badan akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Dan pada satu tahap, lemak akan berkurangan dan ini menjadikan berat badan si pengamal akan menjadi rendah dan akhirnya berat badan ideal mudah tercapai.

2.       Salah tanggapan mengenai diet Atkin

             Kebanyakan klien bertanggapan bahawa diet Atkin menggalakkan pengambilan sumber lemak dan tenusu yang banyak, jadi mereka mula mngambil makanan dari sumber ini secara berlebihan. Makanan seperti keju cheddar, susu penuh krim dan daging.

              Selain itu pengamal diet Atkin terlalu tegas dalam pengambilan karbohidrat dimana pada 2 minggu pertama, hanya 20 gram karbohidrat dibenarkan. Tapi berdasarkan catatan pertama Dr Atkins pada 70-an, jumlah karbohidrat yang diambil adalah bertambah dari minggu ke minggu, selagi pengamal diet Berjaya menurunkan berat badan mereka.

3.       Antara fakta2 lain mengenai diet Atkin: -

              Dr Robert Eckel dari American Heart Association mengatakan makanan tinggi protein, karbohidrat rendah akan menyebabkan orang mempunyai risiko penyakit jantung. Kajian jangka panjang dalam New England Journal of Medicine in 2006 mendapati wanita yang mengamalkan diet rendah karbo adalah lebih sihat berbanding wanita yang mengamalkan diet tinggi karbo. Wanita yang memakan sumber protein dan lemak dari tumbuhan adalah lebih sihat dan rendah risiko dalam penyakit jantung.

               Pada tahun 2001, kajian saintifik yang dijalankan oleh Dr Freedman et al. dan dipaparkan dalam jurnal aryikel Obesity Research  (kajian Obesiti) memberikan konklusi bahawa pengamal karbo rendah lebih mudah menurunkan berat badan kerana terjadinya pengurangan air dalam badan.

                Pada tahun 2004, satu kajian telah dijalankan dan menyatakan bahawa kesan jangka pendek untuk pengamal diet rendah karbohidrat adalah cirit birit, lemah badan, kekejangan dan juga ruam ruam.

Salah satu website yang mempromosikan pemakanan dan diet Dr Atkin
Nota kaki: Tak penting lah diet jenis apa pun, janji kita tahu apa kelebihan dan kekurangannya.. diet Atkin ni bukan tak boleh, tapi kurang sesuai untuk jangka masa panjang. Jadi nak sihat sebenarnya kena makan ikut porsi yang betul hehe :)