Create your own banner at mybannermaker.com!

27 December 2013

Timun: Sayuran 1001 rahsia

Timun atau nama saintifiknya, Cucumis sativus, merupakan sejenis sayur buah dalam keluarga labu air. Timun boleh dimakan secara mentah atau memasakknya sebagai sup.
Timun inggeris

Timun Jepun

Timun India


Terapi kecantikan timun telah lama bermula sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sekarang pusat pusat terapi kecantikan dan spa telah mengambil kesempatan yang ada ini untuk menggunakan bahan termurah dan senang dijumpai di seluruh dunia.


Untuk makluman pembacaku sekalian, untuk mendapat seri wajah dan kulit yang segar dan cantik, komponen mineral seperti silicon, zink, zat besi, magnesium dan potassium amat diperlukan. Fungsi kesemua mineral ini boleh dijumpai dalam sebiji timun yang juga sebenarnya adalah salah satu makanan sunnah.





Jadi, antara khasiat lain yang perlu anda tahu adalah:


  • Antioksida: Antara vitamins yang nertanggungjawab adalah vitamin E dan Vitamin C yang bleh memutuskan rantaian radikal bebas yang mudah terdapat di sekeliling kita. Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen, jadi in akan menjadikan kulit anda tegang dan berseriii!


  • Kandungan air yang tinggi: Mengandngi lebih kurang 90% air, timun yang juga adalah salah satu buah sayur yang datang dari keluarga labu air, mengandungi banyak air, dan fungsi air adalah menyejukkan tubuh. selain itu, air ini akan menyingkirkan tksin dari tubuh melalui proses perkumuhan dan perpeluhan. Jadi, nak jus timun tak sekarang???


  • Kandungan mineral yang tinggi: Untuk makluman para pembacaku sekalian, tahukan anda, apakah mineral yang boleh membantu anda untuk menjadi cantik? sudah tentu silikon, zink, zat besi dan magnesium. Kesmua mineral tadi berfungsi dalam penghasilan kuku dan rambut yang cantik, penghasilan kolagen dan juga melancarkan sistem peredaran darah. Jadi, makin suka nak makan timun tak? hehe

Produk dove pun guna timun gak!

Pencuci muka pun ada ekstrak timun :)


Bagaimana nak makan/ minum/ guna timun?

  • Buat sup timun
  • Buat jus timun
  • Buat bubur timun
  • Buat acar timun
  • Buat masker timun
  • Buat skrub timun

Dan banyak lagi!! Jadi sapa2 yang ada perkongsian untuk timun, silalah komen dan kongsi resepi anda! Selamat mencuba...

01 December 2013

Welcome DECEMBER~ Mari kita squat bersama-sama :)


Assalamualaikum semua!..Hari ini nita nak mengucapkan selamat datang disember! Alhamdulillah kita telah dikurniakan umur panjang dan dalam tempoh sebulan lagi kita akan menjejak ke tahun 2014..hohoho! Marilah kita mempertingkatkan amal ibadah dan menjauhkan kontroversi ataupun kelemahan diri :)

Nak kekal seksi sehingga tahun hadapan, jangan lupa senaman hari ini, squat 15 kali, rehat 5 saat selama 10 minit untuk membentuk punggung yang cantik :) hewhew


Squat dengan dumbell.
1. Berdiri tegak dengan dumbell di kedua-dua belah tangan dan tangan lurus ke bawah
2. Pandang ke depan dan turun perlahan2 dengan gaya mencangkung tapi jangan turun habis ya, lentikkan sedikit glutes (punggung) anda
3. Pastikan lutut tu tak melepasi hujung kaki tau.
4. Kemudian, berdiri ke posisi 1 secara perlahan-lahan
5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak 15 kali dan selangi rehat 5 saat.

Squat tanpa alatan. Sama seperti di atas, tetapi genggamkan tangan anda, dada kedepan dan glutes melentik ke belakang.
Sekian, jumpa lagi di entri yang akan datang!

Oat versus Nestum: Yang mana pilihan anda?


Ini adalah nestum dewasa
Ini adalah nestum bayi
Dan ini adalah oats
Kita selalau mendengar nama nestum dan oats ni, tapi apakah sebenarnya perbezaan dua benda alah ni ya? Jadi nita nak jelaskan, bahawa oats adalah bijirin yang kasar diproses dengan cara pengeringan tanpa membuang kulit (bran). Jadi maksudnya di sini oats amat kaya dengan sumber serat.!
Menurut sumber, memakan oats sebanyak 1 mangkuk (kira-kira 3 sudu makan) dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh sehingga 8 hingga 23%. Sumber juga mengatakan bahawa penurunan kadar kolestrol 1% bersamaan dengan penurunan risiko sakit jantung (Coronary Heart Disease) sebanyak 2%. Ini kerana oats mengandungi sejenis serat yang istimewa digelar sebagai 'beta- glucans'.

Kandungan nutrisi di dalam oats

Kandungan serat dalam oats boleh dibandingkan dengan pelbagai senarai makanan di bawah. Sekiranya anda mencari sumber serat yang lain selain oats, anda boleh memilih untuk makan buah- buahan seperti beri, prun, oren dan juga pisang!


Nestum pula adalah bijirin yang lebih lembut dan mudah dihadam. Ia diperbuat daripada jagung dan gandum serta diperkaya dengan sumber mineral dan vitamins. Tetapi nestum mengandungi elergen yang mungkin memberi kesan elergik kepada sesetengah orang seperti glutens, kekacang dan juga susu.

Kandungan nestum:
Tepung gandum, tepung beras, ekstrak malta, gula, tepung jagung, kalsium karbonat, kalsium fosfat, vanila tiruan, garam, asid askorbik atau Vitamin c, Ferum fumarat (iron), thiamin mononitrat (Vitamin B1), Pyridoxine Hydrochloride (HCL), Vitamin A Acetate, Folic Acid (Vitamin aB), Biotin, Vitamin D3, Vitamin B12.

Maklumat pemakanan nestum pula adalah:


Jadi sekarang mungkin anda akan merasakan bahawa oats adalah lebih baik kerana ia adalah makanan berasaskan bijirin yang amat menyihatkan. Jika anda mempunyai masalah untuk menelan oats, anda boleh cuba untuk menambah perisa seperti milo ataupun susu tepung. Untuk pesakit kencing manis pula, anda boleh menambah hanya 1 sudu besar (lebih kurang 15 grams) kismis atau buah prun ke dalam oats anda. Selamat mencuba!

Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut mengenai oats, sila ke website berikut ya >> http://www.whfoods.com/genpage.php?tname=foodspice&dbid=54

29 November 2013

Panduan Membeli belah makanan sumber karbohidrat berpandukan PIRAMID makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembacaku sekalian..hari ni nita nak kongsikan beberapa tips untuk membeli- belah keperluan makanan di pasar ataupun pasaraya. Tapi kali ni nita nak kongsikan sumber makanan dari aras satu pyramid makanan iaitu makanan sumber karbohidrat. InsyaAllah pada entri yang seterusnya nita akan kongsi pulak tips yang lain 

Pemakanan sihat bermula dari pasar raya. Jika anda memilih makanan yang sihat dan berkualiti di pasar raya, akhirnya diri anda dan keluarga anda turut merasai pemakanan yang sihat di rumah. Panduan membeli belah secara sihat ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal, Projek Pemakanan sihat di Pasar Raya, Cawangan Pemakanan, Bahagian Pembagunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia. Nita Cuma salin ja kat blog ni untuk bahan bacaan bagi siapa2 yang tak berkesempatan untuk mendapatkan buku kecil ini di klinik kesihatan ataupun hospital..hehe

Sebelum membeli belah, pastikan anda:

1. Periksa stok makanan
2. Guakan aras yang terdapat pada pyramid makanan untuk menyenaraikan keperluan makanan seperti sumber bijirin,buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber protin seperti ayam dan ikan , produk tenusu, minyak, gula dan garam.

Semasa membeli- belah pastikan anda:

1. Elakkan pembelian yang tidak terancang
2. Pastikan anda memeriksa tarikh luput makanan pada pek pembungkusan makanan.

Panduan memilih makanan untuk aras pertama:

Jenis makanan: Beras/ mi/ mihun/ pasta


Pilihan bijak ialah: beras biasa,beras perang, beras rebus, jenis mihun dan pasta.
#BERWASPADA terhadap mi segera kerana ia tinggi kandungan lemak tepu dan garam.

Jenis makanan: Roti


Pilihan bijak ialah: Roti bijirin penuh, roti yang diperbuat daripada tepung berprotin tinggi, yang mengandungi oat, rai, bijian serta buahan kering
#BERWASPADA terhadap croissant, garlic bread, pastry, roti berkerim dan roti keju kerana tinggi kandungan lemak

Jenis makanan: Biskut/ roti/ kek


Pilihan bijak ialah: biskut yang rendah lemak,garam dan gula, biskut yang berasakan bijirin penuh dan biskut yang mengandungi buah- buahan kering
#BERWASPADA terhadap biskut yang mengandungi krim dan coklat kerana ia mengandungi banyak lemak, pastikan baca label sebelum pembelian

Jenis makanan: bijirin sarapan pagi


Pilihan bijak: Bijirin sarapan pagi yang tinggi serat serta rendah lemak dan gula
#BERWASPADALAH: Bijirin sarapan pagi yang disira adalah tinggi kandungan gula, Sesetengah bijirin sarapan pagi adalah tinggi tenaga walaupun rendah lemak, sila baca label makanan sebelum pembelian.

Okey, itu saja pada hari ini tau..sapa2 yang ada cadangan menu sihat tu bolehlah drop your comments below..nita ok je :) haha

21 November 2013

Daging babi: Kenapa berbahaya dan diharamkan dalam Islam

Beware!! Non- halal food!

 “Katakanlah. ‘ Tidaklah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih selain nama Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak mengiginkannya, dan tdak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Rabb kamu maha Pengampun lagi Maha Penyayang’ (Al- An’am:145)

        Babi adalah haiwan yang sangat kotor, dan biasanya hanya memakan apa sahaja benda yang diberikan kepadanya. Babi memiliki sifat pemalas, tidak suka cahaya matahari, tidak suka berjalan-jalan,sangat suka makan dan tidur dan memiliki sifat yang sangat tamak.

        Mengapakah Islam  mengharamkan terus daging babi dari dikomsumsi oleh penganutnya?
Babi adalah gudang parasite dan bakteria yang membahayakan. Oleh itu babi tidak layak dijadikan bahan makanan. Antara parasite parasite yang terkandung dalam daging babi adalah:

Cacing Taenia solium

Parasit yang terdapat dalam sel otot daging babi. Larva cacing ini berbentuk gelembung pada daging babi. Apabila manusia makan daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, gelembung –gelembung itu akan pecah dan akan membiak di dalam usus manusia. Cacing ini boleh menjalar ke organ-organ lain melalui limpa dan akhirnya akan masuk ke otak dan saraf.

Cacing Trichinella spiralis (Trichinellosis)

Begitu juga keadaannya dengan parasite ini. Ia hidup sebagai larva didalam gelembung-gelembung lembut didalam daging babi. Apabila ia pecah, larva ini akan membiak di dalam usus dan bila mencapai temph matang, ia akan menjalar ke organ-organ penting seperti hati, otak, paru-paru. Ia boleh membesar di dalam rongga – rongga tubuh dan menyebabkan ‘blockage’ di kawasan tersebut.

Cacing Schistosoma Japonicum

Cacing yang amat berbahaya kerana hanya dijumpai di dalam daging babi. Cacing ini masuk melalui menyentuh atau meminum air yang mengandungi larva cacing ini. Kotoran yang datang dari tempat penternakan mungkin mempunyai cacing jenis ini. Ia berkembang sangat cepat, kerana cacing ini terdiri daripada dua jantina, jantan dan betina yang boleh membiak hingga 20,000 telur. Menyerang otak dan limpa serta boleh membuat si mangsa lumpuh dan kematian.

Cacing Ascaris

Cacing yang pernah menjadi kontroversi kerana pernah dijumpai dalam badan si pesakit yang bertahun-tahun menderita sakit perut! Panjang sekitar 10 inci dan boleh menyebbkan radang paru2, radang bronkus dan tidak boleh dibunuh. Hanya boleh dikelurkan dengan cara pembedahan.

Banyak lagi sebab- sebab mengapa daging ini diharamkan, kajian barat sendiri pun sudah mengesahkan kewujudan parasit- parasit ini dalam daging babi.

Nota kaki: Bersyukur kerana lahir dalam agama Islam dan semua perkara yang tercatat dalam alQuran memang ada bukti saintifiknya..Alhamdulillah :)

Rujukan:
J.H Kellogg MD http://www.giveshare.org/Health/porkeatdanger.html The dangers of Pork eating Exposed
Prof. Dr. Abd Basith Muhammad, Cara Makan Rasulullah, makanan sihat dan berkualiti


20 November 2013

Manfaat buah OREN untuk kesihatan dan kecantikan


Assalamualaikum pembacaku yg comel dan hebat sekalian~ oo hebat? haha..hari ni nita nak bagitau nita da baca satu chapter dalaam buku Rasulullah is my Doctor, okey kredit nak diberikan kepada Alifah F. pemilik buku ni..mungkin org dah biasa dengar tentang vitamin C dan buah- buahan kan?

Tadaaa..inilah dia buah OREN..yes oren kerana warnanya adalah oren dan berbentuk 'O'.
Khasiat oren adalah boleh mencegah selesema, menurunkan paras kolesterol dan juga menghancurkan batu karang, InsyaAllah :)

To the O

To the R

To the E

To the N...OREN!


Ringkas sahaja hari ini..lain kali nita akan padatkan lagi entri2 ya! adioss..

Nota kaki: Vitamin C diperlukan oleh tubuh untuk penghasilan kolagen dan kolagen ni suatu agen untuk memastikan kulit kita xcepat kedut2 gitu..Jadi mulai sekarang makanlah OREN!
Rujukan: Jerry d.Gray, Rasulullah is my Doctor, 2013

12 November 2013

It's 13rd November 2013 (13/11/13). Tkda yg special pun, tarikh ni mcm cantik semacam ja hehe :P


Nita nak buat #Wordless Wednesday jugak tapi jari ni nak menaip naip sesuatu..tapi takpa la, nita nak bagitau kita mestilah confident! dengan penampilan kita okayy....


Yes, I am gorgeous! Aku cantik aku cantik..tenkiu mami tenkiu dadi!!

Italiano de entree hAhAhA

Itali
Assalamualaikum dan salam bebahagia kepada semua pembacaku sekalian..Hari ni nita nak habaq mai kat semua org kampung, nita minat dan suka tengok iklan produk ni..

Sweet Recipe Baby Choux from Etude House....
Yummy

Awww so adorable right??
Ni nak bagitau la pasal nama dia ni, Sweet Recipe Baby Choux..google punya google, rupanya Choux ni adalah sejenis pastry yang berasal dari Italiano..ITALY!!

Pate Au Choux ... Ni nita nak ajar cara sebutannya ya..
Patty au shoe...hehehehe...dan nak tengok x mcmana gambar 'shoe' boleh dimakan ni?


Sebelum dibakar..drooling**

Macam comel jer, macam cantik jer!!
Alamak apakah sindrom yg melanda ni, tengok kosmetik pun mcm tengok makanan! hoho

Make up base (bukan untuk dimakan tau)
Baiklah..itu baru satu..nita nak kongsikan jugak makanan Itali dengan nama yang beberlit..eh bebelit lidah nak sebut..:


 1. Beurre blanc sebutannya (berg blang) - Bermaksud sos putih..Selalunya dimakan bersama ikan dan makanan laut



2. Gratins sebutannya (gratong) - Bermaksud 'parutan' - teknik dalam penyediaan makanan di mana makanan akan diselaputi keju parut atau serpihan roti di bahagian atas sebelum dibakar di dalam ketuhar


3. Moelleux Au Chocolat sebutannya (mui:luh au cokolat) - Yang bermaksud lembut dan gebu (soft and mellow). Kek coklat yang dimasak separa supaya ditengahnya masih kelihatan coklat masakan dan melimpah ruah apabila dipotong..awwww


4. Baguette sebutannya (bajet) - Roti murah..eh salah..roti panjang dari Perancis, tinggi kandungan gandum dan hanya pembuat roti dari Perancis ja terer buat roti ni hehe :)

Okelah, itulah sedikit sebanyak perkongsian pada malam ni..nita dah nak tido dah ni, itulah gaya penulis yang suka buat blog waktu malam2 camni haha..okeylah sapa2 teingin nak mengetahui lebih lanjut mengenai makanan Itali, silalah berkunjung ke http://www.italianfoodforever.com/ Bole ja tatap2 gambar..lalalala....ADIOSSSS..zzzz

10 November 2013

Terapi Kecantikan Melalui SUSU..Nyumss

           Assalamualaikum pembacaku yang cantik dan hensem sekalian, apa khabar harini? ada sarapan pagi minum susu tak tadi heheh? Bukan apa, nita hari ni nak bagitau pasal susu lah ni..



            Susu yang juga terkenal sebagai makanan yang mempunyai sumber kalsium dan vitamin D amat dicintai semua lapisan umur. Tak kira dari bayi hingga ke tua, semua orang akan mencintai susu kerana nak ambik khasiat kalsium tu.

           Memandangkan susu diambil dari sumber yang berbeza, sudah tentu kandungan kalsium, protein, vitamin dan mineralnya berbeza. Ini boleh dilihat melalui label nutrisi bagi setiap produk susu. Tapi kali ini saya tak nak bebel panjang atau nak banding2 kan produk, tapi nak bagitau korang apa yang best pasal susu ni.

           Tercatat dalam sejarah Mesir purba, Ratu Cleopatra iaitu Ratu paling cantik di Mesir satu ketika dahulu pernah mengamalkan terapi kecantikan susu. Ini boleh dibuktikan dengan penemuan catatan hiroglif Mesir purba. Pada masa sekarang terapi kecantikan masih lagi diamalkan secara moden, iaitu di salun2 kecantikan dan produk kosmetik.

Susu sebagai masker wajah

Nak bilas wajah guna susu pun boleh hehe :)

Apa yang best pasal susu ni:
  • Buat wajah lebih berseri
  • Melembutkan kulit badan
  • Menanggalkan kotoran di wajah
  • Mengecilkan pori2 wajah
  • Mengubati ruam2 dan kerengsaan
  • Menaggalkan sel2 mati



Salah satu produk di pasaran yang menawarkan kebaikan susu untuk perawatan wajah

Mandi susu sebagai terapi kecantikan
Baiklah kali ni nita nak bagi tips sikit camana nak buat terapi kecantikan diri di rumah:

Pencerahan wajah: 
Bahan- bahan: 2 sudu besar susu tepung, 1 sudu besar madu dan air suam
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan ke wajah. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

Jadikan kulit mulus dan lembut:
Bahan- bahan: 1 cawan susu, 3 sudu oatmeat
Caranya: Gaulkan semua bahan2 dan boleh digunakan untuk kulit wajah dan scrub.

Masker susu:
Bahan- bahan: Vitamin E essential oil, 2 sudu kecil sus atau yogurt, 1 sudu madudan jus lemon
Caranya: Gaulkan semua bahan dan sapukan di badan atau wajah. Biarkan semua bahan meresap selama 15 minit dan bilas dengan air bersih

Mandi susu:
Bahan- bahannya: Susu tepung dan air mandian
Caranya: Campurkan susu kedalam air mandian dan mandi seperti biasa. Terapi ini dilakukan oleh Ratu Cleopatra tetapi baginda melakukannya dengan susu unta

Itulah serba sedikit rahsia yang nita dapat kongsikan untuk entri kali ini. Memandangkan nita dah selalu minum susu, jadi teringin jugak nak bagi kulit ni makan susu hehehe :) Selamat mencuba ya!