Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

28 March 2013

Punching Pound Championship anjuran PHYTAS UiTM


Assalamualaikum dan salam keceriaan kepada pemmbacaku sekalian..kali ni entry nak cakap pasal pertandingan ala-ala biggest loser yang macam dalam televisyen tu..hehe bukan apa, saya pun join skali tau..

Pertama kali baik saya perkenalkan dulu program Fisioterapi di UiTM Puncak Alam. Porgram yang dotawarkan di UiTM adalah Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda. Ia adalah salah satu daripada program lain di bawah pengurusan Fakulti Sains Kesihatan selain daripada Pemakanan dan Dietetik, Kejururawatan, Makmal perubatan, Optometri,Terapi Carakerja, dan Pengimejan Perubatan.

Berbalik kepada acara Punching Pound yang akan berlangsung selama 6 minggu ini, peserta2 diharuskan mempunyai  berat badan berlebihan ataupun obes. Apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan adalah, berat jisim tubuh diantara 25 hingga 30. Pengiraan adalah seperti yang berikut:

Berat(kg)/ tinggi (m²)

Apabila bacaan diperoleh, maka anda bolehlah membandingkan dengan jadual berikut:
Berat Jisim Tubuh
Interpretasi
<20
Kurang berat badan
20-25
Berat normal
25-30
Berat berlebihan
30>
Obes

Acara punching Pound ini turut melibatkan pelajar dari Pemakanan dan Dietetik dimana mereka harus memantau pemakanan dan diet para peserta. Nampaknya makan kenalah bersukat dan bertimbang eh..hehe..hari ini para peserta telah berkumpul dan melakukan aktiviti circuit bersama2..aktiviti circuit merangkumi:



Push-up (30 saat)
Star jumping(30 saat)
Squat (30 saat)
Step- up (30 saat)
Bicycle crunch (30 saat)



Selain itu pelbagai aktiviti lain seperti ceramah dan juga brisk walk turut diadakan..apamacam, rasa2 nya kurus ke tidak ye?
Perghh..memang lah kurus saya pasni kan? Hehe apa2 pun nnti kita tunggu hasilnya selepas 6 minggu

23 March 2013

Pementasan Teater Asmara Songsang sempena kutipan Amal Lahad Datu 2013



Assalamualaikum pembacaku yang cantik2 dan hensem2 sekalian..setelah penat berjalan2 seharian di Shah Alam Convention Centre Mall (SACCM), akhirnya dapat jugak menjunjung beg plastic Vincci hehe..ada mega sale laa..alhamdulillah, saya beli barang keperluan tau, bukan kemahuan..balikkkk ke UiTM Puncak Alam..tup tup roommate kata, jum pegi tengok teater..letih pun letih la, nak pegi tengok jugak hehe…

Babak 1, mesyuarat di Kampung

Persembahan pembukaan, tarian Arab

Siapakah disebalik topeng2 itu??


Mesyuarat pemuda Kampung hehe

Pasangan LGBT zero..tak kering gusi...

Kumpulan LGBT kena marah Datok

Babak kumpulan LGBT terkena tulah kerana melawan perintah AlQuran

Yang berselimut tu kunun2 malaikat nak tarik nyawa laaa..

Mari menyanyi lagu Malaysia hehehe

Penari Istana Budaya yang comel2 belaka

Teater yang bertajuk Asmara Songsang, sebuah teater muzikal yang dijayakan oleh barisan pelakon2 yang ternama seperti Dato Jalaludin Hassan, Radhi Khalid, Kamal Adli, Julia Ziegler, Zero Raja Lawak dan ramai lagi pelakon dari ASWARA. Teater ini adalah salah satu idea pengarah untuk mengketengahkan kesan negatif budaya LGBT atau Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender dalam kalangan generasi muda pada zaman sekarang.

Sambutan dari pelajar2 amat menggalakkan, penuh dewan kuliah 500 tau (DK500)..teater anjuran KARISMA dan UiTM ini diharapkan dapat diteruskan lagi kerana hiburan2 seperti ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang pelajar, bahkan membolehkan para pelajar mendalami maksud tersirat yang inigin disampaikan oleh pengarah…ciao…hehe

14 January 2013

Final Exam Nutritional Assessment Huhuhu...

Assalamualaikum readersku yang cantik dan hensem sekalian, di sini saya ingin menyatakan bahawa saya terlalu senang hati kerana ujian akhir semester telah tamat!!! dengan berakhirnya ujian Nutritional Assesement tadi, saya telah gilang gemilangnya makan mewah hari ini hehehe :) Alhamdulillah

Seperti biasa, saya akan menebarkan berita penting, iaitu......soalan2 untuk final exam Nutritional Assessment tahun 2013..Jadi antara soalannya adalah seperti berikut~


Question 1:
Differences between Nutritional survey and surveillance

Question 2:
 Explain the procedure to take measurement of
·         Tricep skinfold, body weight, stature, head circumference and waist circumference

Question 3:
Explain 5 types of screening tools to assess malnutrition amongst patient

Question 4:
Differentiate 24Hour Diet Recall and Food Frequency Questionnaires

Question 5:
Explain the process of multiple pass 24 Hour Diet recall

Question 6:
Explain types of probing techniques in Interviewing patient

Question 7:
How to conduct effective counseling for in patient

Question 8: Case study…….

Question 9:
5 types of recumbent technique to assess the height of patient

Question 10:
The preventive measure for ccardiovascular disease patient J


Jadi kepada adik2 di luar sana, ataupun sesiapa sahaja yang nak ambil ujian pada ahri esok, saya ucapkan gudluck! hehe..malam ni nak movie-thon lahhh..daaa~

11 January 2013

Final Exam: Soalan Microbiology, Immunology dan Health Psychology

Assalamualaikum readersku yang cun dan hensem sekalian..saya baru je habis paper microbiology setelah 3 hari berturut2 kami pelajar Nutrition and Dietetics Puncak Alam ni berperang dalam bilik peperiksaan..hmm..sedeh pun ada, happy pun ada, yalah..kalau tak dapat jawab mestilah sedeh kan?

Alhamdulillah, dalam kesibukan dan keletihan lepas ujian ni, saya tak lupa nak mengingat serba sedikit soalan, nanti bila adik2 juniro nak tahu apa soalan2 yang pernah keluar ujian, sekurang- kurangnya korang boleh meningkatkan ilmu di dada kan? hehe..ok scroll ke bawah untuk tahu soalan2 ujian Immunology, Health Psychology dan Microbiology....

Chayok chayok !!


Immunology

Question 1:
ü  Transplant complication
ü  Therapeutic uses of cytokines
ü  Functions of cytokine
Question 2:
ü  Complement classical pathway
ü  Clonal selection theory of antibody
Question 3:
ü  Function of B cells
ü  Autoimmune disease, Addison’s disease symptoms
ü  Therapeutic nutrition diet for diabetes Type 1 patient
Question 4:
ü  Draw and label the antibody structure
ü  Anaphylactic shock sign and symptoms


Health psychology (HPY501)

ü  Question 1: Weinstein Precaution Adoption Process
ü  Question 2: How to increase compliance through educational and behavioral strategies
ü  Question 3: Differentiate between emotion- focused coping and problem-focused coping
ü  Question 4: Compare and contrast anorexia nervosa and bulimia nervosa


Microbiology (NAD553)

Question 1:
ü  Explain irradiation and dry heat in controlling microbial growth (10 marks)
ü  Explain osmotic pressure and temperature for the growth of microbes (10 marks)
Question 2:
ü  Based from theory of spontaneous reaction, explain the test in laboratory to disapprove the theory (10 marks)
ü  Explain the relation of illness and microbial based from Koch’s Postulate (10 marks)
Question 3:
ü  Differentiate prokaryotes and eukrayotes ( 8 marks)
ü  What is complication of pathogenic bacteria Escherichia coli. (10 mark)
Question  4:
ü  Why is bacteria is resistant against antibiotic? (12 marks)
ü  Explain lytic cycle and lysogenic cycle in virus multiplication (20 marks)
Question 5:
ü  Explain the growth requirement for growth and requirements for bacteria Salmonella based from pH, temperature, water activity and also osmotic pressure. (20 marks)

 Okey, nampaknya tu aja yang dapat diberitahu, apa2 pun goodluck for ur upcoming papers okay!...chow cincau....ZZZZZZzzzzz :) 

04 January 2013

Final Exam: Alamak paper killer lahh Pathology


Assalamualaikum readers ku yang cantik lagi hensem sekalian, hari ini adalah paper pertama saya, di mana saya sangat takut dan gugup. Nasib baik family especially mama, bestfriend saya and Mr boyfriend bagi semangat..huhu

Paper pertama merupakan Pathology atau kod kursus OPT450. Serius saya katakana, paper ini adalah yang paling killer sebabnya?

1.       Susah- banyak sangat medical term
2.       Lecturer terlalu tegas dengan markah- yalah, lecturer yang ajar medical takkanlah main2 dalam bab blajar ni, jawapan yang hampir betul pun dia tak terima tau!
3.       Buku tebal- macam spek saya jugak (^__^)
4.       Gambar dalam buku teks nak buat saya muntah- ok medical term nya org panggil nausea and vomiting

Antara soalan yang saya tak suka time paper tadi ialah:

Pathology ; Study of disease....
1.       Renal failure – sebab tak baca slides show and tak discuss dalam study group
2.       Disease – chapter mula2 sekali, senang tapi ambil ringan ja,sebab selalunya tak kuar soalan pun
3.       Reproductive system – yang male repro.system tak baca langsung (maluu!)

Antara soalan yang bagi tangan ni lincah menulis:
1.       Diabetes mellitus- ni dah hafal gila3 dah
2.       Anomalies of the eyes – senang jugak, albinism ngan glaucoma pun hafal gila3
3.       Malnutrition – dah dalam bidang saya kan, kalau tak dapat markah penuh tak tahu lah..hehe

Alhamdulillah, lepas paper tadi saya pun tengok sekeliling, jealous jugak tengok orang lain macam kondifent (confident) je dengan jawapan diorang..hmmm..apalah agaknya nasib saya nnti eh, carry mark pun rendah jew…oklah, nak luahkan tu ja, hadiahkan diri saya ngan nasik ayam (sikit je nasik ni, mak masak lagi sedap~)

Pathology uwarggghhhhh

02 January 2013

Kopie1 kopi Unggul buatan Bumiputera kini di UiTM Puncak


Assalamualaikum readers ku yang cantik dan hensem sekalian, saya lupa nak khabarkan yang baru- baru ni saya telah mengikuti latihan pembuatan kopi di Kopie 1 Puchong. Pengalaman 3 hari sebelum diri digelar Barista Trainee merupakan salah satu kenangan terindah sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya.

Kopie 1 merupakan perusahaan unggul bumiputera dan satu-satunya produk  yang berasaskan kopi dan setaraf seperti global seperti contoh Coffee Beans dan Starbucks. Rasanya tak jauh beza, dan harganyaa….? Sedikit murah dan berpatutan berbanding jenama CB dan SB.

Sepanjang tiga hari tersebut, saya telah belejar untuk membuat pelbagai hidangan kopi panas dan sejuk, dan semestinya orang yang tidak menggemari kopi seperti saya, minum secawan kopi akan menyebabkan ‘nausea’ dan ‘headache’. Kopi yang digunakan adalah bermutu, iaitu jenis Arabica yang diimport daripada tanah seberang. Sebungkus beratnya 100gm dan harus digunakan dalam masa 24 selesai sahaja biji kopi dihancurkan dalam ‘grinder’.

Coffee bean grinder Kopie 1
Kopi yang telah hancur menjadi serbuk kemudiannya akan diletakkan dalam ‘porta filter’ dalam 16 -18 gm. Porta Filter adalah sejenis alat yang akan digunakan bersama ‘expresso machine’. Khabarnya mesin ekspresso ini datangnya dari Bacelona (wow…) hehe….Mesin pembuat ekspresso ini akan mengekstrak kopi pekat dan 1 aun air kopi ini bersamaan dengan ‘1 shot of expresso’.

Contoh Porta filter di  Kopie 1
Contoh Expresso Machine yang ada di Kopie 1

Antara minuman pilihan di Kopie1:

Hot Perfection:
ü  Hot cappuccino
ü  Hot cappuccino Honey
ü  Hot Mocha
ü  Hot Chocolate
ü  Hot Caramel Capucciono
ü  Hot Kopie Latte
ü  Kopie o Kaw
ü  Espresso
ü  Hot Vanilla Latte
ü  Hot Hazelnut Latte
ü  Hot Cookies Latte

Naturally Fabulous:
ü  Ice caramel Latte
ü  Ice blended cappuccino
ü  Ice blended Mocha
ü  Ice Blended Chocolate
ü  Ice blended caramel
ü  Ice blended vanilla
ü  Ice blended Cookies

Cool Tempting:
ü  Ice Kopie o
ü  Ice Calypso
ü  Ice Kopie Latte
ü  Ice Calypso Honey
ü  Honey Ice Latte
ü  Ice Mocha
ü  Ice Chocolate

Kini cawangan Kopie 1 telah dibuka di Kafe Rafflesia Puncak Alam dan ia merupakan satu usahasama antara persatuan Keusahawanan Kolej Universiti Teknologi Mara dan juga pihak FAMA.  Terima kasih diucapkan kepada pihak Kopie 1 kerana sudi memberikan input kepada kami J

Barista baristaku....

Hot perfection hehehe....

My latte art...caramello

Antara kopie2 yang sempat dicopet hahaha

Barista tengah duduk dalam kelas buat kopie 1

Kenangan di Kopie 1, terima kasih Encik Najib dan Encik Muiz!!






21 October 2012

Nutrition and Dietetics Association (NADA) Bonding Night

Bachelor (Hons) Nutrition and Dietetics  (NAD) adalah salah satu program yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor. Program ini merupakan program yang telah diperkenalkan di bawah fakulti Sains Kesihatan dan secara keseluruhannya ada 5 kumpulan pelajar yang diambil pada bulan Julai setiap tahun.

Baru- baru ini, pada bulan september 2012, program NADA telah menganjurkan satu majlis ramah tamah di mana semua pelajar dan pensyarah berkumpul dan berkenalan di antara satu sama yang lain. Ativiti seperti suai kenal, jamuan dan permainan turut diadakan..

Tak banyak pun gambar diambil, cuma sy nak bagitahu, kamera saya yg menyimpan seribu kenangan telah pun hilang! huhuh..tak pa lah..janji jangan handphone yang hilang hehehe :)



















:: Malas nak taruh caption....ngantuk la..nak ZZZZZZzzz hehehe