Create your own banner at mybannermaker.com!

28 March 2013

Punching Pound Championship anjuran PHYTAS UiTM


Assalamualaikum dan salam keceriaan kepada pemmbacaku sekalian..kali ni entry nak cakap pasal pertandingan ala-ala biggest loser yang macam dalam televisyen tu..hehe bukan apa, saya pun join skali tau..

Pertama kali baik saya perkenalkan dulu program Fisioterapi di UiTM Puncak Alam. Porgram yang dotawarkan di UiTM adalah Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda. Ia adalah salah satu daripada program lain di bawah pengurusan Fakulti Sains Kesihatan selain daripada Pemakanan dan Dietetik, Kejururawatan, Makmal perubatan, Optometri,Terapi Carakerja, dan Pengimejan Perubatan.

Berbalik kepada acara Punching Pound yang akan berlangsung selama 6 minggu ini, peserta2 diharuskan mempunyai  berat badan berlebihan ataupun obes. Apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan adalah, berat jisim tubuh diantara 25 hingga 30. Pengiraan adalah seperti yang berikut:

Berat(kg)/ tinggi (m²)

Apabila bacaan diperoleh, maka anda bolehlah membandingkan dengan jadual berikut:
Berat Jisim Tubuh
Interpretasi
<20
Kurang berat badan
20-25
Berat normal
25-30
Berat berlebihan
30>
Obes

Acara punching Pound ini turut melibatkan pelajar dari Pemakanan dan Dietetik dimana mereka harus memantau pemakanan dan diet para peserta. Nampaknya makan kenalah bersukat dan bertimbang eh..hehe..hari ini para peserta telah berkumpul dan melakukan aktiviti circuit bersama2..aktiviti circuit merangkumi:



Push-up (30 saat)
Star jumping(30 saat)
Squat (30 saat)
Step- up (30 saat)
Bicycle crunch (30 saat)



Selain itu pelbagai aktiviti lain seperti ceramah dan juga brisk walk turut diadakan..apamacam, rasa2 nya kurus ke tidak ye?
Perghh..memang lah kurus saya pasni kan? Hehe apa2 pun nnti kita tunggu hasilnya selepas 6 minggu

No comments: