Assalamualaikum kepada pembacaku yang cantik2 dan hensem2
sekalian..entah dah berapa abad saya meninggalkan arena penulisan tidak
langsung ni..dan ini adalah minggu ketiga apabila saya menjejakkan kaki ke
Universiti Teknologi Mara Puncak Alam ni..syukur kepada Allah, ini adalah tahun
kedua saya dalam program Pemakanan dan Dietetik.
Mata adalah anugerah terindah |
Seperti biasa, sebagai pelajar yang di bawah naungan Fakulti
Sains Kesihatan, saya yang amat gemar mencari dan bertanya permasalahan saya kepada
pelajar2 dalam bidang yang berlainan. Setiap awal semester, saya akan
berkunjung ke Pusat Optometri UiTM Puncak Alam yang bertempat di bangunan FSK
4,5 dan akan mendapatkan kaunseling dalam penjagaan mata yang baik.
Jika setahun yang lepas, saya telah mendapat cermin mata
baru ( maksudnya power dah bertambah la tu), dan sekarang mata saya didiagnos
dengan masalah mata kering (dry eyes). Ini kerana saya adalah pengguna tegar
kanta lekap. Regiemn pemakaian kanta lekap adalah tidak lebih daripada 8 jam,
namun kadang2 jadual yang amat padat dan keadaan yang tidak kondusif menjadikan
mata saya cepat kering. Akhirnya saya dirokemenkan dengan ‘Refresh Plus
Lubricant Eye drops’. Alhamdulillah, kesannya nyata cepat dan mata saya berasa
amat selesa.
Harga sekotak adalah RM42...huhuhu pokai lerr... |
Dalam sekotak ada 4 papan ubat titis dan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam selepas dibuka |
Refresh eye drops amat disyorkan kepada pengguna yang
menghadapi masalah mata sensitive, mata kering dan cepat pedih. Saya jamin,
anda akan berpuas hati kerana kesannya amat cepat. Rfresh eyes drops juga
didatangkan dengan single used vial, kerana ia tidak mempunyai sebarang
pengawet yang boleh mendatangkan hipersensitif kepada mata anda.
No comments:
Post a Comment