Assalamualaikum dan salam sejahtera pembacaku sekalian...sebenarnya saya agak sibuk kebelakangan ni agak sibuk walaupun cuti semester..jadi apakah yang terjadi pada cuti ini? yeah semestinya saya telah menghabiskan tepung, gula, mentega dan telur di rumah hehe..
Jadi pada hari ini, resepi kita kek cawan mentega yang telah saya salin resepinya dari Youtube. Agak mudah kerana bahan2 nya adalah yang sangat mudah dan masa membuatnya juga amat pendek.
Bahan bahannya:
Mentega - 1 cawan
Gula - 1 cawan
Tepung gandum - 1 cawan
Tepung penaik - 2 sudu teh
Esen vanilla - 1 sudu teh
Telur - 2 biji
Jadi cara membuatnya juga amat mudah..kita main koboi je okay.. Mula - mula kita putarkan menega dan gula sampai kembang. ini adalah sangat basic kerana gula dan mentega merupakan agen penting dalam pembuatan kek yang sedap. Seterusnya..kita akan masukkan telur satu persatu dan esen vanilla..esen vanilla bertugas sebagai penyahhanyir bau yang terbit dari telur ayam. setelah sebati, ayakkan tepung gandum dan dan tepung penaik ke dalam adunan, kemudian gaul rata.
Jadi bila semua dah sebati, pastikan bater dan konsistensi bater adalah dalam 'dropping consistency' iaitu apabila diangkat, bater akan jatuh secara dropping.
Masukkan adunan kedalam cawan kertas yang disusunn dalam tray muffin dan bakar kek dalam suhu 220 darjah celsius selama 15 minit. Jika kek anda belum masak sepenuhnya, anda boleh tambah kan masa lagi supaya adunan dalam kek cawan tersebut masak. Untuk memastikan adakah kek sudah masak, cucuk lidi kedalam kek cawan, sekiranya bersih, maka kek anda sudahpun masak..selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment