Create your own banner at mybannermaker.com!

02 January 2013

Kopie1 kopi Unggul buatan Bumiputera kini di UiTM Puncak


Assalamualaikum readers ku yang cantik dan hensem sekalian, saya lupa nak khabarkan yang baru- baru ni saya telah mengikuti latihan pembuatan kopi di Kopie 1 Puchong. Pengalaman 3 hari sebelum diri digelar Barista Trainee merupakan salah satu kenangan terindah sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya.

Kopie 1 merupakan perusahaan unggul bumiputera dan satu-satunya produk  yang berasaskan kopi dan setaraf seperti global seperti contoh Coffee Beans dan Starbucks. Rasanya tak jauh beza, dan harganyaa….? Sedikit murah dan berpatutan berbanding jenama CB dan SB.

Sepanjang tiga hari tersebut, saya telah belejar untuk membuat pelbagai hidangan kopi panas dan sejuk, dan semestinya orang yang tidak menggemari kopi seperti saya, minum secawan kopi akan menyebabkan ‘nausea’ dan ‘headache’. Kopi yang digunakan adalah bermutu, iaitu jenis Arabica yang diimport daripada tanah seberang. Sebungkus beratnya 100gm dan harus digunakan dalam masa 24 selesai sahaja biji kopi dihancurkan dalam ‘grinder’.

Coffee bean grinder Kopie 1
Kopi yang telah hancur menjadi serbuk kemudiannya akan diletakkan dalam ‘porta filter’ dalam 16 -18 gm. Porta Filter adalah sejenis alat yang akan digunakan bersama ‘expresso machine’. Khabarnya mesin ekspresso ini datangnya dari Bacelona (wow…) hehe….Mesin pembuat ekspresso ini akan mengekstrak kopi pekat dan 1 aun air kopi ini bersamaan dengan ‘1 shot of expresso’.

Contoh Porta filter di  Kopie 1
Contoh Expresso Machine yang ada di Kopie 1

Antara minuman pilihan di Kopie1:

Hot Perfection:
ü  Hot cappuccino
ü  Hot cappuccino Honey
ü  Hot Mocha
ü  Hot Chocolate
ü  Hot Caramel Capucciono
ü  Hot Kopie Latte
ü  Kopie o Kaw
ü  Espresso
ü  Hot Vanilla Latte
ü  Hot Hazelnut Latte
ü  Hot Cookies Latte

Naturally Fabulous:
ü  Ice caramel Latte
ü  Ice blended cappuccino
ü  Ice blended Mocha
ü  Ice Blended Chocolate
ü  Ice blended caramel
ü  Ice blended vanilla
ü  Ice blended Cookies

Cool Tempting:
ü  Ice Kopie o
ü  Ice Calypso
ü  Ice Kopie Latte
ü  Ice Calypso Honey
ü  Honey Ice Latte
ü  Ice Mocha
ü  Ice Chocolate

Kini cawangan Kopie 1 telah dibuka di Kafe Rafflesia Puncak Alam dan ia merupakan satu usahasama antara persatuan Keusahawanan Kolej Universiti Teknologi Mara dan juga pihak FAMA.  Terima kasih diucapkan kepada pihak Kopie 1 kerana sudi memberikan input kepada kami J

Barista baristaku....

Hot perfection hehehe....

My latte art...caramello

Antara kopie2 yang sempat dicopet hahaha

Barista tengah duduk dalam kelas buat kopie 1

Kenangan di Kopie 1, terima kasih Encik Najib dan Encik Muiz!!






No comments: