Assalamualaikum pembacaku
sekalian, sungguh tidak menyangkan yang kita akan dapat menginjak ke usia
setahun lebih matang, dengan tibanya tahun 2013 ini. Rupa-rupanya sudah setahun
saya telah menceburkan dalam arena blogging ini yang saya sertai pada hujung
tahun 2011. Walaupun saya telah menceburi penulisan blog selama setahun, namun
hasil karya saya tidaklah sebanyak penulis yang lain. Ini mungkin berikutan
dengan jadual yang ketat sepanjang tempoh kuliah dan minat saya dalam menulis
semakin pudar.
Belajar bersungguh-sungguh, mudahan kita berjaya ya! |
Namun di kelewatan ini, saya
berpendapat bahawa penulisan bukan sekadar ingin berkongsi ilmu, tetapi ia
adalah suatu luahan hati penulis. Nampaknya kedatangan tahun 2013 memberi saya
keazaman yang baru, mungkin saya boleh menggelarkan ia sebagai ‘Wishlish 2013’.
Tetapi bagi saya, biarlah tahun ini tahun yang bermakna, iaitu saya dapat
meningkatkan potensi diri kepada yang lebih baik
Memandangkan saya dah masuk
semester 3, macam biasa, jikalau tibanya bulan Januari, sudah pasti pelajar
Bachelor Degree students yang akan bertungkus lumus dalam peperiksaan akhir
semester. Saya akan menghadapi 6 kertas pada semester ini.
3 Januari 13 – Pathology
4 Januari 13 – Health Promotion
9 Januari 13 – Immunology
10 January 13 – Health Psychology
11 January 13 – Microbiology
14 January 13 – Nutritional Assessment
Harapan saya, adalah saya dapat
keputusan yang baik, dan takkan repeat mana-mana kertas di atas. Satu lagi,
setiap kali exam, saya akan cuba nak ingat soalan2 yang telah keluar, tulis
dalam blog dan InsyaAllah mungkin boleh membantu sesiapa yang mengambil kursus dan kod yang sama seperti
saya. Goodluck everyone..Chowwwww
I sexy and I know it~ lalala |
No comments:
Post a Comment