Assalamualaikum kepada pembacaku sekalian..ini adalah entry pertama yang saya fikir akan mencerminkan diri saya sendiri, iaitu, bahasa ibunda saya, bahasa melayu sarawak..walaupun sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, jangan terkejut sekiranya ada sesetengah daripada penduduk sarawak tidak tahu berbahasa Sarawak..kita kena faham, ada lebih kurang 30 etunik yang perlu kita ketahui budaya dan bangsa mereka.
Sebagai rakyat Sarawak, saya amat berbangga apabila lahir daripada bangsa kacukan. Ayah saya berbangsa Melayu- Bidayuh manakala ibu pula berbangsa Cina-Melanau..Saya bolah berbahasa sikit2 dalam mandarin, melanau dan kedayan..itupun sebab sidia yang tercinta suruh saya belajar, hehehe
Baiklah kali ini kita mulakan dengan warna2 yang selalu digunakan dalam bahasa Sarawak. Antaranya warna:
Putih - Puteh
Hitam - Itam
Biru - Biru
Merah - Merah
Hijau - Ijo atau gadong
Merah jambu - Pink atau kalas
Ungu - Papel
Kuning - kunin
Nampaknya ringkas sahaja pada hari ini..selamat belajar!!
Sayang- sayang buah Kepayang, Ditelan mabuk dibuang sayang, Nukilanku ini tidaklah panjang, Berkongsi ilmu jangan dilarang.. <3 Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami, dan peliharakanlah kami dari siksa api neraka, AMIN.. <3
28 March 2013
Punching Pound Championship anjuran PHYTAS UiTM
Assalamualaikum dan salam keceriaan kepada pemmbacaku
sekalian..kali ni entry nak cakap pasal pertandingan ala-ala biggest loser yang
macam dalam televisyen tu..hehe bukan apa, saya pun join skali tau..
Pertama kali baik saya perkenalkan dulu program Fisioterapi
di UiTM Puncak Alam. Porgram yang dotawarkan di UiTM adalah Diploma dan juga
Ijazah Sarjana Muda. Ia adalah salah satu daripada program lain di bawah
pengurusan Fakulti Sains Kesihatan selain daripada Pemakanan dan Dietetik,
Kejururawatan, Makmal perubatan, Optometri,Terapi Carakerja, dan Pengimejan
Perubatan.
Berbalik kepada acara Punching Pound yang akan berlangsung
selama 6 minggu ini, peserta2 diharuskan mempunyai berat badan berlebihan ataupun obes. Apa yang
dimaksudkan dengan berat badan berlebihan adalah, berat jisim tubuh diantara 25
hingga 30. Pengiraan adalah seperti yang berikut:
Berat(kg)/ tinggi (m²)
Apabila bacaan diperoleh, maka anda bolehlah membandingkan
dengan jadual berikut:
Berat Jisim Tubuh
|
Interpretasi
|
<20
|
Kurang berat badan
|
20-25
|
Berat normal
|
25-30
|
Berat berlebihan
|
30>
|
Obes
|
Acara punching Pound ini turut melibatkan pelajar dari
Pemakanan dan Dietetik dimana mereka harus memantau pemakanan dan diet para
peserta. Nampaknya makan kenalah bersukat dan bertimbang eh..hehe..hari ini
para peserta telah berkumpul dan melakukan aktiviti circuit bersama2..aktiviti
circuit merangkumi:
Push-up (30 saat)
Star jumping(30 saat)
Squat (30 saat)
Step- up (30 saat)
Bicycle crunch (30 saat)
Selain itu pelbagai aktiviti lain seperti ceramah dan juga brisk walk turut diadakan..apamacam, rasa2 nya kurus ke tidak ye?
Perghh..memang lah kurus saya pasni kan? Hehe apa2 pun nnti
kita tunggu hasilnya selepas 6 minggu
23 March 2013
Pementasan Teater Asmara Songsang sempena kutipan Amal Lahad Datu 2013
Assalamualaikum pembacaku yang cantik2 dan hensem2
sekalian..setelah penat berjalan2 seharian di Shah Alam Convention Centre Mall
(SACCM), akhirnya dapat jugak menjunjung beg plastic Vincci hehe..ada mega sale
laa..alhamdulillah, saya beli barang keperluan tau, bukan kemahuan..balikkkk ke
UiTM Puncak Alam..tup tup roommate kata, jum pegi tengok teater..letih pun
letih la, nak pegi tengok jugak hehe…
Babak 1, mesyuarat di Kampung |
Persembahan pembukaan, tarian Arab |
Siapakah disebalik topeng2 itu?? |
Mesyuarat pemuda Kampung hehe |
Pasangan LGBT zero..tak kering gusi... |
Kumpulan LGBT kena marah Datok |
Babak kumpulan LGBT terkena tulah kerana melawan perintah AlQuran |
Yang berselimut tu kunun2 malaikat nak tarik nyawa laaa.. |
Mari menyanyi lagu Malaysia hehehe |
Penari Istana Budaya yang comel2 belaka |
Teater yang bertajuk Asmara Songsang, sebuah teater muzikal
yang dijayakan oleh barisan pelakon2 yang ternama seperti Dato Jalaludin
Hassan, Radhi Khalid, Kamal Adli, Julia Ziegler, Zero Raja Lawak dan ramai lagi
pelakon dari ASWARA. Teater ini adalah salah satu idea pengarah untuk
mengketengahkan kesan negatif budaya LGBT atau Lesbian, Gay, Bisexual dan
Transgender dalam kalangan generasi muda pada zaman sekarang.
Sambutan dari pelajar2 amat menggalakkan, penuh dewan kuliah
500 tau (DK500)..teater anjuran KARISMA dan UiTM ini diharapkan dapat
diteruskan lagi kerana hiburan2 seperti ini bukan sahaja dapat memenuhi masa
lapang pelajar, bahkan membolehkan para pelajar mendalami maksud tersirat yang
inigin disampaikan oleh pengarah…ciao…hehe
Product review: Refresh Plus Eye Drops
Assalamualaikum kepada pembacaku yang cantik2 dan hensem2
sekalian..entah dah berapa abad saya meninggalkan arena penulisan tidak
langsung ni..dan ini adalah minggu ketiga apabila saya menjejakkan kaki ke
Universiti Teknologi Mara Puncak Alam ni..syukur kepada Allah, ini adalah tahun
kedua saya dalam program Pemakanan dan Dietetik.
Mata adalah anugerah terindah |
Seperti biasa, sebagai pelajar yang di bawah naungan Fakulti
Sains Kesihatan, saya yang amat gemar mencari dan bertanya permasalahan saya kepada
pelajar2 dalam bidang yang berlainan. Setiap awal semester, saya akan
berkunjung ke Pusat Optometri UiTM Puncak Alam yang bertempat di bangunan FSK
4,5 dan akan mendapatkan kaunseling dalam penjagaan mata yang baik.
Jika setahun yang lepas, saya telah mendapat cermin mata
baru ( maksudnya power dah bertambah la tu), dan sekarang mata saya didiagnos
dengan masalah mata kering (dry eyes). Ini kerana saya adalah pengguna tegar
kanta lekap. Regiemn pemakaian kanta lekap adalah tidak lebih daripada 8 jam,
namun kadang2 jadual yang amat padat dan keadaan yang tidak kondusif menjadikan
mata saya cepat kering. Akhirnya saya dirokemenkan dengan ‘Refresh Plus
Lubricant Eye drops’. Alhamdulillah, kesannya nyata cepat dan mata saya berasa
amat selesa.
Harga sekotak adalah RM42...huhuhu pokai lerr... |
Dalam sekotak ada 4 papan ubat titis dan hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam selepas dibuka |
Refresh eye drops amat disyorkan kepada pengguna yang
menghadapi masalah mata sensitive, mata kering dan cepat pedih. Saya jamin,
anda akan berpuas hati kerana kesannya amat cepat. Rfresh eyes drops juga
didatangkan dengan single used vial, kerana ia tidak mempunyai sebarang
pengawet yang boleh mendatangkan hipersensitif kepada mata anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)