Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

18 October 2013

Buat Kelupis di Kampung Ulu Merapok

Assalamualaikum pembacaku sekalian, pertamanya sekali nita nak ucapkan Salam aildiladha kepada semua umat Islam di Malaysia mahupun luar negara, pa macam raya ni? bnyak makan daging?? hehe..nita x sempat nak update banyak di blog sbab sibuk dengan tugasan..Pada AildilAdha yang lalu saya berkesempatan untuk beraya bersama org tersayang hehe..jadi sebagai pelajar pemakanan dan diet, jadi saya telah diberi tugasan untuk belajar mengenai makanan tradisi di Sarawak.jadi apa yg saya pilih ialah kelupis atau dalam bahasa tempatannya 'kalupis'.

Jadi tempat saya bertandang terletak di utara peta Sarawak iaitu di Kampung Ulu Merapok, Lawas Sarawak. perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 15 minit dan kemudian saya dijemput oleh Mr Bby. Kemudian kami bersiar2 di Centrepoint dan Plaza Kota Kinabalu sebelum meneruskan perjalanan ke Lawas. Perjalanan kira2 3 jam 30 minit.

Lawas Sarawak terletak di bahagian paling utara dan berdekatan dengan negeri Sabah
Kelupis: Makanan tradisi Kuih kelupis (which literally translates to 'glutinous rice rolls' in English)[1] is a traditional snack for the Bruneian Malay people in the country of Brunei[2] and in the states of Sabah and Sarawak in East Malaysia.[3][4] - Wikipedia -

Jadi cara2 nak masak kelupis ni..insyaAllah senang..sediakan beras pulut, santan kelapa, garam dan daun Irik (untuk membungkus)

Kelapa tua atau dalam bahasa tempatannya 'piasau', daun irik

beras pulut

Santan kelapa dididihkan atas api, kalau bahasa kat sini, kami bilang 'mendadih'

Membungkus kelupis dan menjalin 

Mengukus kelupis sehingga masak

Dihidangkan bersama kuah kacang dan kuih muih lain

Boleh jugak dimakan bersama lauk pauk dan sambal mangga, alamak selera kampung gitu..nyumss..
Rasa: Macam nasi pulut jugak, masin2 sikit
Tekstur: Melekit, licin (sebab santan)
Keseluruhan: Memang best! I love my hometown traditional cuisine hehehe :) Jadi kawan2 yang di luar sana jangan lupa tau mencuba..tak tau nak cuba kat mana, haa jum datang ke Sarawak

10 October 2013

Jum Santai: Gelagat Pembelajaran and Pengajaran

Assalamualaikum pembacaku sekalian..dah berapa bulan nita x update blog ni..dah bersawang sawang agaknya..hehe..semester ni semester baru, iaitu tahun ketiga nita menjejak kaki ke UiTM kampus Puncak Alam yang serba indah..

Semester ni agak gelabah sikit, maklumlah baru habis cuti 2 bulan, tiba2 diberi input waktu kuliah, mana x jammed kepala hotak u olls..okeylah..nak dijadikan cerita, nita menulis balik blog ni sebab agak terpaksa la jugak, nak kena update2 la katakan..tapi xpa, demi pembelajaran dan pengajaran ku gagahi jua...

Nita nak buat citer sikit pasal cikgu2 di sekolah, tadi sebenarnya lepas google2 gambar kartun..tertengok lah dekat cliparts yang lucu2 hehehe..jadi sebagai pembukaan arena penulisan blog oktober 2013 ini, mari kita bergelak santai dulu...check it out u olls....

Selamat datang ke sekolah..cikgu2 anda semua mesti ucapkan benda ni time masuk kelas, pastu pappp..nan ambil kau sekilogram assignment..

Fakta: Tyrannosaurus Rex mempunyai otak sebesar walnut..tapi cikgu2 jangan panggil budak sekolah otak kosong tau..huhu...

Okey finee...ketara sangat buku tu covernya salah letak

Memori lama bila nak berhimpun je, mesti taruh tangan atas bahu..sooo sweetttt hee..

Budak zaman moden, kau nak main touchpad je kan..nnti whiteboard pun dah xkenal adoiyaii

Okey ni ketara sangat cikgu sains ni kawan baik Sir Isaac Newton...haha

Budak x bersyukur salu camni..yela xbersyukur la, kalau cikgu tu memang kedekut markah, betol x?

Ni pulak satu hal..cikgu rasuah..semua nak duit, yuran kan dah bayor..huhu

Beza cikgu dulu and cikgu sekarang..sekarang ni mak bapak yang tukang marah cikgu, malas nak komen bnyak loh..hahaha..

Okeylah semua..apa apapun..cikgu ni x semua berperangai mcm di atas tu..yela, itu hanya hiburan semata-mata, x melibatkan yang meninggal dunia atau yang hidup..yang penting hidup kena enjoy tau kawan2!..semoga bersua lagi di entri yang seterusnya..adios amigos!