Create your own banner at mybannermaker.com!

19 January 2014

Kek Vanilla Coklat Ched-Tura Cheese Cake untuk Mama tercinta

Happy Sweet 49 years old untuk my Mama yang lahir pada 18 January 1965..sebelum tibanya 18 januari tu, nita dah ready2 mem-baking untuk mama tercinta. Mama ada ja kat umah cuma tak pulak tanya2 nita tengah buat apa, sbb nita memang dah biasa mem-baking kat umah.

Vanilla Choc Ched-Tura Cheese Cake

Ada apa dengan nama Vanilla Choc Ched-Tura Cheese Cake?
#Span kek terdiri daripada kek span Vanilla dan kek span coklat.
#Sapuan diantara kek span adalah krim keju Tatura (my favorite)
#Cheese di atasnya adalah cheddar yang diparut
#Nama Ched-Tura adalah gabungan nama Cheddar dan Tatura heheh :)

Tahun ni mama teringin nak makan kek snowy cheese atau cheese leleh..sekarang ni banyak versi dah, yang kat FB, blog dan lain2 semua tengah promote kek diorang. Nita pernah makan Kek Cheese yang dibuat kakak Mr Bby nita je hehe..sedap tau :)

Untuk birthday mama, nita buatkan kek span vanila dan kek span coklat secara berasingan.

Kek span perisa Vanila

Kek span perisa coklat
Bahan- bahannya:

175g marjerin/mentega
175g gula kaster
175g tepung gandum/tepung kek
40g serbuk badam
3 sudu besar golden syrup atau sus pekat
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur
Susu segar (ditambah jika adunan terlalu keras)

*5 sudu besar serbuk koko (untuk adunan kek span coklat sahaja)
* 1 sudu kecil esen vanilla (untuk adunan kek span vanilla sahaja)

Cara membuatnya:
1. Basically, nak buat kek kena putar dulu mentega dan gula bagi kembang dan gebu. Nak tahu kembang ke tak, tengok adunan tu bertukar jadi keputih-putihan.
2. Jangan lupa pulak panaskan oven ya, 175-180 darjah Celsius.
3. Putarkan telur kedalam adunan gula dan mentega tadi.
4. masukkan bahan basah seperti golden syrup @ susu pekat.
5. Kemudian bolehlah masukkan bahan2 kering seperti tepung, serbuk badam dan serbuk penaik.
6. Gaul rata dan jika adunan terlalu keras, tambahkan susu sedikit susu kedalam adunan.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, adunan coklat dan juga adunan vanilla.
8. Adunan coklat masukkan serbuk koko, adunan vanilla masukkan esen vanilla.
9. Sediakan loyang bulat atau segi, alaskan dengan parchment paper/baking paper dan tuang adunan tadi ke dalam loyang.
10. Bakar adunan lebih kurang 20-25 minit.

Adunan lapisan buttercream:

250g Tatura cream cheese
50ml susu pekat@ gula ising
100g soft margerine (Buttermilk/Buttercup)

*Gaulkan/putarkan semua bahan di atas

Happy birthday Mama! hehe
Tutorial tak habis lagi, tapi rasa2 macam pembaca tau kan nak buat apa pastu, hehe..Selamat Mencuba!!

1 comment:

quenbeetafuri said...

Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
Find 광주광역 출장샵 your way 군포 출장샵 around the casino, find where everything is located with this 충청북도 출장마사지 hotel. It's not only 보령 출장마사지 the largest 부천 출장안마 hotel on the Mississippi Gulf Coast, but it also has