Create your own banner at mybannermaker.com!

16 January 2014

Mari membuat kek: Kek Lapis Cream 'O'

Assalamualaikum pembacaku sekalian..sampai sahaja kat Miri Sarawak, nita mesti nak pergi eMart dulu, nak beli2 bahan nak melapis kek.. Bahan wajib adalah tepung, telur, seri kaya, horlick, susu pekat dan jugak cream O. Kali ni nita nak buat kek lapis cream O pulak, adik kat Kuching pun dah memintak2 tolong bawakkan ke Kuching. Nita ada latihan industri pulak selama sebulan nanti, huhu :(

Yang ni dah siap bagi kaler hehe :)
Bahan2:

500g mentega
200g gula halus
180g tepung Hong Kong
10 biji telur
50g serbuk biskut Marie
50g serbuk kelapa
1/2 tin susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
Biskut cream o yang dibuang inti
1 sudu kecil Ovalette
perasa vanilla
Pewarna merah dan kuning

Cara membuatnya:
Panaskan oven dulu ya [ 175 C]

1. Putarkan mentega bersama gula halus, putar sampai kembang tau.
2. Lepas tu masukkan telur satu persatu, hati2 sebab waktu memutar akan ada yang terpercik nanti hehe.
3. Masukkan esen vanilla. Fungsi esen vanilla adalah untuk membuang bau hanyir telur tadi.
4. Masukkan seri kaya dan jugak susu pekat dan gaul rata.
5. Bolehla masukkan bahan- bahan kering. Masukkan serbuk Marie dan serbuk kelapa, kemudian masukkan tepung Hong Kong.
6. Jangan lupa masukkan ovalette. Fungsi ovalette adalah untuk menstabilkan kek.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, kale original, kuning dan jugak pink.
8. Alaskan loyang 8x8 dengan kertas minyak. Masukkan 2 senduk adunan kale pink dan ratakan dengan sudu. Bakar dalam oven selama 10 minit.
9. Kemudian pabila sudah masak, letakkan pulak adunan kale kuning sebanyak 2 senduk dan ratakan adunan, masukkan ke dalam oven lagi selama 10 minit.
10. Pabila sudah masuk lapisan yang ketiga, ratakan adunan kale original dan susun biskut cream o. Kemudian bakar lagi. Teruskan melapis sehingga adunan habis.

Cara menyusun biskut cream O
Tadaa..dah siap pun :)
Selamat mencuba!!

No comments: