Create your own banner at mybannermaker.com!

21 October 2013

Resepi Kek Lapis Barbie

Assalamualaikum kepada pembacaku sekalian..penatnya nita hari ini..rasa malas2 nak menaip tapi apakan daya, target nak post ilmu atau satu perkongsian pada setiap hari..baiklah kawan2 sekalian, hari ini nita nak kongsikan satu resepi kek lapis Sarawak..ni sebenarnya resepi yang diolah sendiri, tetapi menjadi. Tiap tahun dah buat kek lapis ni, jadi nak tukar2 perasa pun boleh..

Nita buat kek lapis ni dah berpengalaman dari kecik dah, memang mama dah ajar sejak bangku sekolah lagi, tapi dah dewasa sikit, xperlu bantuan mama dah hewhew, tenkiu my lovely mummy!!..jadi jum kita tengok dulu kita nak buat kek apa hari ini.

Kek Lapis Barbie
Bahan-bahannya:

500gm mentega
1 cawan gula
10 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
0.5 cawan horlicks
1 tin kecil seri kaya
0.5 tin kecil susu pekat
1 sudu kecil ovalette
Perisa strawberry emulco dan pewarna pink
Pewarna ungu
Pewarna coklat @coklat paste

# Sediakan loyang dan alaskan dengan kertas minyak
# Oven mestilah dipanaskan dengan suhu 175 C api atas.

Baiklah, cara2 membuatnya adalah seperti berikut:

Mula2 masukkan gula yang sudah dikisar dan mentega ke dalam mangkuk pemutar

Putarkan sehingga kembang tau..nanti x sebati pulak

Masukkan telur satu persatu dann putar lagi


Masukkan seri kaya dan putar lagi

Masukkan susu pekat ke dalam adunan dan putar lagi

Selepas itu kita boleh masukkan bahan kering seperti horlick dan jugak tepung gandum, gaulkan sebati menggunakan spatula
Bahagikan kepada 3 bahagian, setiap satunya diwarnakan dan diletak perisa, adunan 1 perisa coklat, adunan 2 perisa strawberi dan adunan ketiga adalah plain

Sudukan adunan pertama ke dalam loyang dan ratakan kemudian bakar didalam oven selama 10 minit. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama sahaja!

Kemudian bakar lapis demi selapis sehingga habis adunan. Setiap adunan dibakar dalam masa lebih kurang 10 minit

Tadaa...inilah hasilnya kawan2 hehe
Apa yang uolls perlu tahu:

- Telur sebiji mengandungi lebih kurang 213mg kolestrol, jadi nak makan kek lapis ni biarlah berpada2..nanti nita jadi registered dietitian, nita buat resepi sihat sikit tau, hehe
- Kek lapis ni jenis bakar dan kukus sahaja, jangan sibuk nak panaskan kuali dan goreng macam cucur pulak haha :P
- Kalau nak sedap lagi gunalah lepa susu Farmcow ataupun Buttercup
- Fungsi ovalette adalah untuk menyatukan adunan gula, mentega dan tepung, ovalette ni macam penstabil makanan.. tak letak pun xpa :)

:: Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, dipersilakan..resepi gerenti menjadi, InsyAllah :)

No comments: