Create your own banner at mybannermaker.com!

19 January 2014

Kek Vanilla Coklat Ched-Tura Cheese Cake untuk Mama tercinta

Happy Sweet 49 years old untuk my Mama yang lahir pada 18 January 1965..sebelum tibanya 18 januari tu, nita dah ready2 mem-baking untuk mama tercinta. Mama ada ja kat umah cuma tak pulak tanya2 nita tengah buat apa, sbb nita memang dah biasa mem-baking kat umah.

Vanilla Choc Ched-Tura Cheese Cake

Ada apa dengan nama Vanilla Choc Ched-Tura Cheese Cake?
#Span kek terdiri daripada kek span Vanilla dan kek span coklat.
#Sapuan diantara kek span adalah krim keju Tatura (my favorite)
#Cheese di atasnya adalah cheddar yang diparut
#Nama Ched-Tura adalah gabungan nama Cheddar dan Tatura heheh :)

Tahun ni mama teringin nak makan kek snowy cheese atau cheese leleh..sekarang ni banyak versi dah, yang kat FB, blog dan lain2 semua tengah promote kek diorang. Nita pernah makan Kek Cheese yang dibuat kakak Mr Bby nita je hehe..sedap tau :)

Untuk birthday mama, nita buatkan kek span vanila dan kek span coklat secara berasingan.

Kek span perisa Vanila

Kek span perisa coklat
Bahan- bahannya:

175g marjerin/mentega
175g gula kaster
175g tepung gandum/tepung kek
40g serbuk badam
3 sudu besar golden syrup atau sus pekat
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur
Susu segar (ditambah jika adunan terlalu keras)

*5 sudu besar serbuk koko (untuk adunan kek span coklat sahaja)
* 1 sudu kecil esen vanilla (untuk adunan kek span vanilla sahaja)

Cara membuatnya:
1. Basically, nak buat kek kena putar dulu mentega dan gula bagi kembang dan gebu. Nak tahu kembang ke tak, tengok adunan tu bertukar jadi keputih-putihan.
2. Jangan lupa pulak panaskan oven ya, 175-180 darjah Celsius.
3. Putarkan telur kedalam adunan gula dan mentega tadi.
4. masukkan bahan basah seperti golden syrup @ susu pekat.
5. Kemudian bolehlah masukkan bahan2 kering seperti tepung, serbuk badam dan serbuk penaik.
6. Gaul rata dan jika adunan terlalu keras, tambahkan susu sedikit susu kedalam adunan.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, adunan coklat dan juga adunan vanilla.
8. Adunan coklat masukkan serbuk koko, adunan vanilla masukkan esen vanilla.
9. Sediakan loyang bulat atau segi, alaskan dengan parchment paper/baking paper dan tuang adunan tadi ke dalam loyang.
10. Bakar adunan lebih kurang 20-25 minit.

Adunan lapisan buttercream:

250g Tatura cream cheese
50ml susu pekat@ gula ising
100g soft margerine (Buttermilk/Buttercup)

*Gaulkan/putarkan semua bahan di atas

Happy birthday Mama! hehe
Tutorial tak habis lagi, tapi rasa2 macam pembaca tau kan nak buat apa pastu, hehe..Selamat Mencuba!!

17 January 2014

Resepi: Tatura Cream O/ Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum you olss..hehe di cuti yang indah ini, saya amatlah rajin banget nak buat kek bagai..semalam sempat siapkan no bake cheesecake. What u have to do is to pop in your chiller and it's done!

Adunan yang dah siap diratakan
Okeylah kawan2 sekalian, saya nak kongsikan resepi dulu:
Bahan-bahannya:

100g Tatura cream cheese
100g soft margerine (Buttercup)
100g condensed milk @ icing sugar
15 ml warm water @ warm milk (to add more creamier texture, use milk)
1 pack of oreo biscuits @ cream O biscuits (pounded until becomes coarse powder)
1 pack of Marie biscuits @ digestive biscuits
1 glass of Kopiko coffee (added with water)

Cara membuatnya:

1. Mula2 kita hancurkan biskut oreo @ cream o menjadi serbuk yang kasar.
2. Putarkan semua bahan basah seperti cream cheese, margerine dan jugak susu pekat, putar sehingga betul2 sebati dan fluffy.
3. Adunan adalah sdikit pekat, jadi tambahkan sedikit demi sedikit air suam atan susu suam ke dalam adunan tadi
4. Taburkan serbuk Oreo atau cream O kedalam adunan cream cheese dan gaul sebati.
5. Sediakan loyang atau bekas, kemudian, rendamkan biskut Marie dengan minuman Kopiko coffee sehingga biskut menjadi sedikit lembut (jangan lembut sangat nanti susah nak angkat).
6. susunkan dengan kemas ke dasar loyang atau bekas tadi. Kemudian tuangkan adunan cream cheese dan ratakan menggunakan sudu.
7. Dah siap lapisan pertama, susun lagi biskut Marie tadi untuk menjadi lapisan yang kedua, kemudian ratakan cream cheese lagi diatasnya..
8. Teruskan melapis sehingga adunan habis :)
9. Masukkan ke dalam chiller atau freezer dan biarkan selama beberapa jam sehingga adunan cream cheese betul2 mengeras.
10. Hidangkan :)

Inilah Tatura cream cheese 250g

16 January 2014

Final Exam: NAD603 Food Anthropology

Assalamualaikum semua, alamak lupa pulak nak update ujian last haritu. Sori2..untuk yang last paper hari tu kan, nita sangat berpuas hati jugaklah, sebab waktu buat exam tu xda rasa gelabah, cuma rasa tak sabar nak balik Miri, Sarawak ja..hehe

Soalan esei untuk bahagian B Food Anthropology

Soalan 1: What is the factor that influences people in food choices? (20 marks)

Soalan 2: What is the key factors that could make multicultural communication to be successful, kat sini kena elaborate lebih lanjut lagi (20 marks)

Soalan 3: Ada diagram bulatan yang dibagi, dlam buku teks ada tau. Soalan berkaitan dengan client theory of illness. (Patient, natural world, social world and supernatural world)

So I guess that's it! See u next time and HAPPY HOLIDAYYY!!

Mari membuat kek: Kek Lapis Cream 'O'

Assalamualaikum pembacaku sekalian..sampai sahaja kat Miri Sarawak, nita mesti nak pergi eMart dulu, nak beli2 bahan nak melapis kek.. Bahan wajib adalah tepung, telur, seri kaya, horlick, susu pekat dan jugak cream O. Kali ni nita nak buat kek lapis cream O pulak, adik kat Kuching pun dah memintak2 tolong bawakkan ke Kuching. Nita ada latihan industri pulak selama sebulan nanti, huhu :(

Yang ni dah siap bagi kaler hehe :)
Bahan2:

500g mentega
200g gula halus
180g tepung Hong Kong
10 biji telur
50g serbuk biskut Marie
50g serbuk kelapa
1/2 tin susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
Biskut cream o yang dibuang inti
1 sudu kecil Ovalette
perasa vanilla
Pewarna merah dan kuning

Cara membuatnya:
Panaskan oven dulu ya [ 175 C]

1. Putarkan mentega bersama gula halus, putar sampai kembang tau.
2. Lepas tu masukkan telur satu persatu, hati2 sebab waktu memutar akan ada yang terpercik nanti hehe.
3. Masukkan esen vanilla. Fungsi esen vanilla adalah untuk membuang bau hanyir telur tadi.
4. Masukkan seri kaya dan jugak susu pekat dan gaul rata.
5. Bolehla masukkan bahan- bahan kering. Masukkan serbuk Marie dan serbuk kelapa, kemudian masukkan tepung Hong Kong.
6. Jangan lupa masukkan ovalette. Fungsi ovalette adalah untuk menstabilkan kek.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, kale original, kuning dan jugak pink.
8. Alaskan loyang 8x8 dengan kertas minyak. Masukkan 2 senduk adunan kale pink dan ratakan dengan sudu. Bakar dalam oven selama 10 minit.
9. Kemudian pabila sudah masak, letakkan pulak adunan kale kuning sebanyak 2 senduk dan ratakan adunan, masukkan ke dalam oven lagi selama 10 minit.
10. Pabila sudah masuk lapisan yang ketiga, ratakan adunan kale original dan susun biskut cream o. Kemudian bakar lagi. Teruskan melapis sehingga adunan habis.

Cara menyusun biskut cream O
Tadaa..dah siap pun :)
Selamat mencuba!!

11 January 2014

Final Exam: NAD602 Health Care Management

Assalamualaikum..its been a hard and tough day today..guess what? its totally havoc in my mind by looking at the final paper for NAD602. It is totally awesomeeeee~ well in da bracket harharhar.. hari ini sibuk pulak nak cakap orang putih yelah asyik layan How I met Your Mother ja hehe..

Okey kita proceed ja apa tujuan saya nak post benda ni. Ini adalah NAD602 (again) dan saya hendak menyatakan perasaan bersyukur kerana saya menjawab dengan penuh perasaan dan tanpa henti dalam masa 2 jam yang kritikal :)



Soalan terkumpul minggu ini Health Care management:
Q1: a)10 issues and challenges in todays Health Care management
      b) 5 values of professionalism of a manager

Q2: a)Types of 4 organisational structure.
      b) ***Case study*** 5 steps in the planning process

Q3: 4 components in the control management process

Q4: Discuss the characteristic of strong leadership

Q5:*** Case study*** generally the case study is about the dishonesty and lack of knowledge in informational management so,
   a) Define the problem
   b) What is the factor and why the problem arise?

Q6: Diagram 1 - Decision making process. Discuss the diagram all about (20 marks). Gambar ni ada kat slide Dr. A****r. Jadi korang boleh rujuk nanti :)

Q7: What is 4 types of benchmarking, explain (15 marks)

09 January 2014

Final Exam: NAD528 Medical Nutrition Therapy 2

Assalamualaikum pembacaku sekalian, haa mesti nak tahu kan apa soalan kuar hari ini, hehe..hari ini rasa best in da bracket. Yala 2 jam je kot exam MNT tadi hoho..

Fakta MNT 1: Perut buncit boleh menyebabkan insulin resistance iaitu kekurangan insulin untuk memproses glucose dengan sempurna


Soalan final exam Medical Nutrition Therapy 2
Apa yang kami belajar semasa semester 5 ni merangkumi Out patient dietetics dan jugak teory tentang cancer, geriatric (elderly), maternal dan jugak paediatrics (infants)
Banyak benda nak kena saya belajar sebab tadi dah macam computer yang rosak hard disk nya sebab mengingat nota2 waktu dalam kelas. Tapi sukacita dimaklumkan takda soalan kira-kira energy ataupun menu planning..yeehuuu!
Nah ini merupakan soalan terkumpul minggu ini hahah:
Objective – 40 soalan TRUE/FALSE merangkumi cancer, paediatrics, elderly dan maternity, tapi banyakkan baca pasal maternal dan paediatrics.
Subjective essay – 5 soalan (60 markah) Ada jugak yang saya lupa, haha yala saya kan pelupa orangnya
Soalan 1: Factors that affecting geriatric nutritional intake (10 marks)
Soalan 2: Pediatrics - 5 enzymes in Urea Cycle and 5 complication if the enzymes absent (10 marks)
Soalan 3: 5 Factors for the enteral nutrition of paediatrics (10 marks)
Soalan 4: Maternal – How the heart burn occur and the nutritional intervention for the heart burn (10 marks)
Soalan 5: Cancer - Explain the progression of cancer and it is necessary for the cancer patient to increase the energy intake (10 marks)

07 January 2014

Word less Wednesday~ motivation again

Ya Allah, kuatkan ingatan dan bersihkan hatiku

Hehe

Yeah..

Pas final...

Final Exam: NAD601/450- Nutrition Program and Planning Assessment/ Community Nutrition

Assalamualaikum pembacaku sekalian..actually ini adalh semalam punya cerita..yala saja nak luahkan perasaan ni, study week bukan main 17 hari tapi soalan yang keluar semalam perghhh punyalah power..



Kertas pertama: NAD601 - bukan calang2 paper ni, bukanla killer subject, tapi haru biru jgak dibuatnya..semalam sempat jugakla ingat beberapa soalan, untuk rujukan junior2 atau pun simpanan masa depan saya sendiri hohoho~

Soalan NPPA Disember 2013- january 2014 jeng jeng jeng

1. Definition of - Policy, Community Need Assessment, ada lagi bla bla bla..x ingat dah, pastu ada essay 20 markah - design program for elderly (healthy aging).

2. Definition of: - Public Health, risk factor.. pastu ada soalan explain 3 level of prevention of disease..

3. Strength and limitation between Case control study and cohort study << this one easy mcm kacang snap..sodap wooo

4. 5 enabling strategies that had been stated in National Planning and Nutrition Malaysia 1996- 2015, and then write the activities (mksudnya aktiviti apa yg pernah dibuat)

5. 3 keys messages in the infant complementary diet in Malaysia? Ada jgak soalan pasal Baby- Friendly Hospital in Malaysia

6. Types of evaluation - process, outcome, structural, impact, fiscal

7.The social marketing plan to promote fruits and vegetable eating for hospital staffs. ( so kena nyatakan 7 steps of marketing strategies tu )

Rasanya ada lagi yang tertinggal tapi diharap soalan2 bocor ni membantu jugaklah hehe :) Mudahan A dalam tangan, aminn....

03 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014 - Jum kemas Kedai Kopie 1

Kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU!!



Assalamualaikum ladies and gentlemen sekalian, lama dah x update entri sebab bz study week kan..sekarang ni student ijazah muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan jugak di universiti yang lain dah start da paper, jadi tahun ni mcm biasala, hadiah tahun baru nya adalah peperiksaan akhir..

Paper saya pulak start hari selasa ni:
07 Januari 2014 - Nutrition Assessment and Program Planning << subjek yg mengajar erti kesabaran sebab kita kena cari subjek atau komuniti lepastu dapatkan diorang punya maklumat demografi dan maklumat pemakanan..Seriously..ill~ tapi xpew..semuanya dah berlalu huhu, tinggal paper ja lagi kan?

09 January 2014 - Medical Nutrition Therapy 2 << subjek that can kill me from inside out..Yela tiap khamis ja bangun jam 6 pagi, pegi hospital, pegi klinik kesihatan, seriously, mcm x suka, tapi lama2 buat benda kita xsuka, kita akan jadi tegal biasa tau~ so..semester ni blaja pasal maternity, geriatric, paediatric and cancer

11 January 2014 - Health care Management << subject havoc, sbb agak general, so ilek2 isap gam ja..haha! apa yg penting, bnyakkan baca buku..

13 January 2014 - Food Anthropology << my favorite subject so far..bukan apa, kalau dah masuk kelas, happy bukan kepalang..tambahan pula dengan dia punya assignment yang menguji kesabaran tu, tapi Alhamdullillah lepas group kitorang diumumkan dapat markah OK kat kelas, all the patience was paid back~ thanks my lovely classmate, family and my dear Mr. Bby yg bnyak bantu..


Semalam punya cerita, my kedai Kshoppe Kopie1 banyak jugak dapat pelanggan.. yala time study ramai nak pekena kopi. Buat ice-blended, capuccino, latte and hot chocolate dapat jadi terapi jiwa jugakla..sekurangnya lepas penat seharian belajar, xla tensen kan? huhu, jadi semalam last day bukak kedai, buat massive cleaning gitu..jadi alhamdulillah tenang jiwa ni :)

Cleaning in progress..harhar

Thanks to my workers..ayuh kita study pasni!

2 more subjects yang x masuk final, Biostatistic dan Mandarin 3.. Alhamdulillah x masuk, xla serabut kepala nih~ anyway, 14hb, is my flight KUL-MYY.. yeeyy balik ke my homeland Sarawak~